Showing posts with label ada satu kisah. Show all posts
Showing posts with label ada satu kisah. Show all posts

December 1, 2011

Ujian adalah lumrah kehidupan yang wajib kita tempuhi

Assalamualaikum,

Kenapa agaknya Allah sedang dekatkan aku dgn orang yang suka tunjuk pandai, dan dia merasakan dialah yang paling terbaik di antara orang2 lain? Jarang dia nak bagi peluang kat org lain untuk bercakap. Lepas tu aku ni selalu dibandingkn dengan orang itu, si lemah dan si pandai- Itu ujian namanya Farhana. Apa aku boleh buat? Redhaaa dan jgn pernah ada perasaan iri hati dekat orang itu. =)
my face would be like this now

Aku tau Allah sedang uji aku, nak tengok sama ada aku ni cepat iri hati ker tidak. Kadang2 aku pendam jer dalam ati ni. Yerla dialah yang paling terbaik dan paling excellent dalam kumpulan kami. Semua yang pasal tip top ada pada dia, dia pandai cakap, pandai amek hati orang dan pandai buat procedure. Yerla sebab aku rasa dia lahir2 jer terus jadi pandai kot? Sebenarnya kita lahir kat dunia ni bukannya terus jadi pandai, kita belajar dari kesilapan sendiri.

Aku bukan nak kata dia tu teruk atau berlagak pandai, cuma kadang2 tu aku rasa dia tak pernah nak bagi peluang kat orang lain untuk nampak pandai di depan sister. Aku rasa sister nak nampak dia jer yang lebih pandai dari orang lain.

Dia tak nak nampak orang lain lebih pandai dari dia. Orang dapat lebih dia pun nak lebih gak. Orang nak tu, dia pun nak tu gak. Mana ley!!!!! Kene separuh2 la. Haruslah seimbang, barulah semua orang puas hati!

Aku kecik hati jugak bila aku selalu dibandingkan dengan orang yang pandai tu. Yerla aku ni siapalah, bukan si bodoh dan si dekil. Tapi dalam diri aku ni seimbang saja. Ada bodoh dan pandai. Fullstop okey! Huhu.. Peace no war!

oh jgn lupa tekan nuffnang untuk saya. gracias! =))

November 14, 2011

Homesick ke?

Hai everyone. Now I'm at KL. Went for practical at TSH. 3 days I've been staying at KL. New environment and new people around here. Nothing special, because I'm already homesick right now. Today I'm message my mom via phone.

Ana : " Mak homesick la.."
Then my mom said like this to me


Mak : " Homesick tu apa ana?"

What!!!!! Ok no need to explain, my mom doesn't know what is homesick actually. Sedihnye... I become more sad when my mom doesn't know what is homesick. Hahahahaha. Nak sedih ker nak gelak ni pun tak tahula.


Actually, if I stay longer here at KL, maybe my homesick will be disappear. For me it's normal la for every time i went for practical at hospital, I will feel HOMESICK just for a few days. But the most enjoyable thing at here is shopping!

That's the cure for me.. ^______^

Depan hostel jer McD, jalan kaki sikit jer Secret Recipe. Haaaaaaa aku harap aku tak gemuk duduk kat sini. Sini senang nak jalan2, ada Rapid KL bus, Monorel and LRT. Tu jer gambaran yang saya boleh described kt sini. Wahhhhhhh bestnye kalau ada duit seribu, nak shopping banyak2 kat SOGO. Ok end of story at here.

[Thank you for reading ]

October 28, 2011

Bila wanita sedih kerana lelaki

Assalamualaikum,

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis. Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda. Apabila dia menangis di hadapan anda.
Apabila dia menangis kerana anda.

Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa? Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa? Fikirkan. Berbaloikah dia menangis, Dihadapan anda, Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah. Dia menangis kerana dia kasihan atau simpati, dia menangis kerana dia tidak mampu lagi menangis didalam hati, Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir, Jika si dia menangis hanya kerana anda, Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda, Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal, Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Bole LIKE kalau sukeeeww:

September 14, 2011

Finally saya dah abes kes presentation sebagai STN lagi

Salam kengkawan..

Just nak bagitahu

Saya dah abes kes study hari ini

Dan mood saya sangat happy

Kes study hari ini Alhamdulillah pass

Saya tak mengharapkan dapat distinction, tapi mengharapkan lulus..

Terima kasih Madam, Sir and Sister kerana memberi peluang kepada saya



^_________________^

(senyum memanjang kejap)

Saya present kes neuro..jadi memang sangat susah!!!!!

August 18, 2011

Pengakuan seorang anak murid

Dear to Sister F,

Sister.. sorry..saya nak buat pengakuan berani mati ni kat sini sister(walaupun aku tau sister takkan tahu, tpi mungkin kwn2 aku akan bagitahu juga)

sebelum saya berlepas meninggalkan Kuantan pada minggu hadapan

Saya nak minta maaf kat sister..


Sebenarnya.......



Saya......





Saya,,,,




Saya











Yang...







Rosakkan..











































Flush toilet



















kat hostel..








Maafkan saya sister!!!



Sebab raya nak dekat ni,
saya kene minta maaf dgn sister
sebelum saya balik JB nanti



Sister jangan mara2..


Tak bek bolan pose marah2..


MyEm0.Com


hehehehe




(。◕‿◕。)

Yang benar,
STN NURFARHANAH

August 3, 2011

selesema haruslah pakai mask


Ada tak peraduan eye contest? agak2 ley menang tak? =p
hari ini saya berbuka puasa di hospital..
sape nak join?
jum2!! ramai2 kita memeriahkan berbuka puasa di hospital pakar kuantan

March 5, 2011

Here at Ipoh part 3

Dah dua minggu kat Ipoh.. apa yang aku buat kat sini selain on9?

Aktiviti kami di sini:

♥ bangun tido pergi hospital kerja..
♥ balik hospital pergi tido..
♥ kalau cuti makan, tido, keluar jalan2, shopping..
♥ Buat homework, NCP and diary - surat cinta untuk sister

simple list right? haha

kenapa muka aku macam nak kene pelempang jer. huhu

selain dari menunggu teksi balik? apa lagi..
selain dari posing maut macam nak kene pecah jer cermin ni. waha


shopping memangla no. 1 dalam hati bebudak kat sini haha
Ya Allah ni lagi satu yg aku nampak bila aku kuar jalan2 .. hurmm bebudak zaman sekarang.. (sebagai gambar hiasan) hahahahaha

-TAMAT-

October 30, 2010

Feeling oo feeling

Assalamualaikum semua...

Sekarang ni aku dah abes exammm weeee. Eh jap2 lagi 1 exam aku lupa, isnin ni last paper Peadiatrics [kanak2!]. Best giler bila masuk sem 3 ni, sebab banyak belajar pasal kanak2.. tak sabar aku nak jumpa babi.. eh silap baby. Think positive k! Hehehehe aku suka kanak2.. tak tau kenapa, kalau aku rasa tension ngan sedih.. aku akan datang ke tempat ibuku bekerja, di taska. Jumpa ramai bayi2 yg comel.. hahahahaha Comelll gilerrr

ala comelllnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee



tup tup...







Tiba2 aku rasa sedih sekarang ni ..

MyEm0.Com

Tak tau kenapa.. hmmm rungsing dan kesunyian.. Mungkin risau tak tentu pasal. Tak taula kenapa weyhh nak menangis. Aku kan jenis sensitif, kalau mara sikit nak kecik ati, kalau kene tenking sikit nak menangis. Tapi tak leyla nak menangis, sebab nanti mata lebam.. diorang mesti ingat aku x cukup tidur. Padahal aku menangis sebenarnya..

Biaserla layan feeling hahahaha

Haishhh sedih2 pun nak ketawa


sekarang ni aku tak tau, kenapa aku tengok budak laki yang beria-ria nak pikat aku, aku buat bodoh jer.. semua aku anggap kawan biasa jer.. Sorry xde mood nak layan.. bosan.. setakat kawan bolehla.. [ haha bukan nak kata aku budak hot, aku cool jer babe]

Tapi sekarang ni aku gila bayang ngan sorang budak laki.. dan aku tak kenal dia langsung.. Haha biarlah, gila bayang tu kejap lagi hilangla sendiri tu k.. Aku suka fikir benda yang mampu buat aku tersenyum.Ala tak salah kan..[ tak payah tanya la, muka dia macam Adi Akmal jer haha]. Cepat2la habis belajar, dan bekerja dan cari jodoh yang sheshuai.. phewww byk plan untuk masa depan ni

Ha! Tak payah nak ulang balik ayat ni kat kelas ker kat mana2 k..



hahahaha aku suka video ni! klaka dan happening! i nak lolipop satu..

^_^ bye!

July 11, 2010

Cerita di hospital

Assalamualaikum ya my friend. Agak lama aku x post entry bru.. jangan kata dah lama memang pon. Nak tau kenapa? Sebabnya dah seminggu aku x pegang broadband.. Sebab case study punya pasalla aku x dapat on9 slalu. Itu aku buat semua adalah keputusan sendiri.. Sebab asal ada internet mesti nak facebook tak pon blog. aduh mmg x ciap la case aku.

Aku amek case pleural effusion.. tak tau pleural effusion tu apa? Tengokla kat internet.. haha kan facilities ada.. Ok cakap pasal hospital, macam2 ragam orang aku jumpa kat hospital. Bukan setakat patient punya ragam jer, akak staff nurse pon sama gak meragam jer banyak..

Semalam aku keje shift pagi, start pukul 7 sampai pukul 2 petang. lepas abes report tentang patient, aku terusla tolong akak2 C.A. (care assisstent) ngan akak staff nurse tukar semua cadar2 patient setiap pagi, memang kene wat bende tu. Lepas dah abes tukar semua, aku pon bentila jap. penat nak tukar smpai 30 katil.. Tapi jangan risau, ada gak pesakit yang tak nak tukar cadar..

Tiba2 masa nak pergi kaunter jururawat tu, terdengarlah call bell from patient, aku pon pergila cepat2. Tengok macam takde orang pergi aku pon pergila walaupun aku tak jaga area tu. Akak staff nurse tu boleh buat dono jer tak nak pergi patient yg ada call bell tu. Aku masuk pastu tanya..

"Kenapa cik..(dengan muka manis ni)"
"Saya sakitla.. tak nampak ker orang sakit ni.. dah panggil dari tadi tak datang2.. apela!"
( smbil memegang pinggangnya yg sakit tu)
Perghh pagi2 dah kene marah.. ni yang nyirap tol aku hari ni

"Yerke cik nanti saya panggil akak staff nurse bagi ubat.."
(dalam hati tengah sakit ni.. sakit ni taw tak..)
"Cepatla.. saya nak injection!"

Dalam hati aku kata:
Haihh kau ni bawak mengucap boleh tak.. cubalah istighfar banyak2.. tau marah orang jer.. tak tau nak berterima kasih.. kang aku bagi... bagi.. haaaa tak sampai ati plak nak bagi pelempang.. dah tercakap...

Pastu aku beredar dari situ dengan muka masam, tapi aku tak tunjuk depan dia.. Sebab aku tau, patient macam tu kene bawak bersabar.. After that aku inform kat akak yg jaga bahagian ubat..

"Akak, patient 636 tu nak injection, dia kata sakit.."
"ok2 nnt akak cari jap.."
"Thanx.."

Aku yang jaga patient dari jauh pon boleh dengar call bell dia dan terus datang ke tempat dia, tiba2 ni yang aku dapat! Farhana sabar yer.. nila dugaan aku sebagai nurse. >.<

Agi satu cerita, aku nak mintak sign kat akak staff nurse tu untuk procedure yang aku dah buat, kalau tidak sister tak terima kalau takde bukti.. So aku pon mintakla sign dia..

"Terima kasih kak.. eh akak, boleh tak letak nama kat sebelah, nanti tade bukti.. nama akak sape?"
"Haih kau dah bape lama keje kat sini tak tau nama aku, geramnye aku.."
"hehe sorry kak.."
(HAIH AKAK NURSE YANG LAWA LAGI BIJAK LAGI ADIL, KAN RAMAI AKAK STAFF NURSE YANG KEJE KAT WARD TU, TAKKAN SEMUA NAMA AKU BOLEH INGAT KOT! KAN BARU 3 HARI JER AKU KEJE KAT SITU.. MANA BOLEH AKU NAK INGAT NAMA KAU SORANG JER..AKU RASA LEBIH 20 ORANG STAFF NURSE KOT YANG KEJE KAT SITU..)

BENCI2!!!

January 24, 2010

Dapat Petang ni... ^_^

gambar ni masa aku nak balik rumah.. bye2 hostel kempas.. stress la dok hostel sana, takde playground langsung haha

Yeay petang ni dapat gambar yang aku nanti nantikan dari dia.. Happy! Iyerla hidup ni mestilah diteruskan, jangan ashik terus stress ngan sedih jer.. nanti boley jadi sawan aku dibuatnya. Aku dah takmo pikir pasal exam.. Bole jadi gila dibuatnya. Sekarang ni aku sedang cuti sem seminggu. Yeppy.. Next week plak kene pergi posting kat Pakar Puteri.

Azam aku bila dah masuk Hospital tu jer, terus nak dapatkan banyak contact hour. Tak macam posting sebelum ni, dapat sikit jer markah. Ishk2 so sad.. tu pun sebab My Sister yang buat hal. Dia tak bagi kiteorang jumpa dia banyak kali, cuma dua kali jer bole jumpa.

Memang patut pon markah contact hour aku sikit.. termasukla dengan kawan2 aku yang lain. Macam manala kiteorang tak menangis kalau Sister tu buat macam tu. Aku harap lepas ni aku tak dapat Sister tu lagi dah.Xmo2!! Nanti markah aku sikit weyh.. Nanti kalau ada masa, aku ceritakan serba sedikit tentang diriku. yerla dah lama aku membizikan diriku ke alam nursing. Mana ada masa nak cerita cintan pasal diriku.. nGah2..

Mesti ramai boring tengok blog aku jarang updated kan?? ;) huhu

Cerita pasal kolej, sebelum ni kiteorang ada amek gambar beramai2. Banyak juga gambar kiteorang amek masa hari Jumaat yang lepas.. Wee kenangan sampai bila2 la weyh gambar tu.. Tapi sayangla sorang jer kawan aku takde time ni, sebab dia demam plak. Jum tengok gambar kat bawah..Layanzzz

haa ni special sikit group KPJ sahaja bergambar.. KKM takde.. haha sebab ramai sangat la.. nanti tak nampak muke ku yang ayuss gitu hehe. Tapi yang penting 2 orang body guard tu kene ada.. Carila carila ;D

gambar 2: weyh kepala sape terselit tu

ni baru semua orang ada ;KKM and KPJ
kiteorang bergabung kelas sebenarnya


LepAS bergambar, Madam bagi surprise kat budak2 KPJ jer.. ada injection Hep B uNtuk kiteorang.. Perghhhhhhhhh

Sakit gyler dose yang kedua!!
uhuk2
Lepas malam tu jer, aku terus terlentang kat atas tilam.. Tangan aku lenguh2
MyEm0.Com
gambar Lecthmi tak ley bla.. haha

*Pss NABILA aku tau ko sedang membaca blogKU jangan nak gelak.. sebab aku tau ko adalah pembaca setia ku.
. haha

January 23, 2010

Perginya Baginda

keadaan di luar Hospital Pakar Puteri

Mari kita ramai2 sedekahkan Al-Fatihah kepada Sultan Johor , Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga Baginda dicucuri rahmat.. Sultan Johor adalah Sultanku jua..

Sayangla lambat posting kat Hospital Pakar Puteri .. Kalau tidak dapat aku tengok keadaan kat sana. Sebenarnya salah sorang kakak staff nurse yang bagitaw kat kawan aku yang pasal Sultan masuk Hospital Pakar Puteri. Dalam pukul 7 lebih..Sebab kakak tu kerja kat sana. Terkejut aku Sultan masuk hospital tu! Yerla hospital tu kan tempat aku practical. Banyak kenangan manis aku dapat kat sana.

Walau apa pon, kat Johor sekarang ni semua orang sedang berkabung, pompuan pakai tudung putih, laki pakai songkok yang dibalut dengan kain putih.

Dan Alhamdulillah, kat kolej aku baru jer selesai membuat bacaan Yasiin beramai-ramai untuk Sultan Johor. Aminn

*Ucapan takziah kepada kerabat diraja Johor .

January 3, 2010

Everything is new!

Yesterday me and my family were going to the Low Yat. Woow havoc gyler kat sana. Penat kiteorang cari new laptop. Ashik nik atas turun bawah.. naik atas turun bawah. Penat betol. Pastu dah la ramai orang kat sana.. Ari sabtu kot.. memangla ramai orang. Finally dapat jugak beli laptop yang macam mana. Just jenama Hp COMPAQ. Memang dengar macam tak familiar, tapi banyak fungsi kat dalam laptop ni. Ramai gak orang beli kan.. Alhamdulillah impianku termakbul juga akhirnya untuk ada laptop sendiri. Thnx to my parents yang sanggup datang dari JB ke KL semata-mata nak pergi ke Low Yat untuk cari laptop yang harganya berpatutan. Memang pilihan family aku kat Low Yat jer kalau nak beli apa2 gadget. Sebab harganya murah dan berpatutan.

thnx a lot..

November 29, 2009

Tak Tahan!

Apa masalah kau sebenarnye huh? Aku dah tanya baik2 dah apa masalah dia.. dah tanya baik2 dah ni.. pastu dia yang cakap takde papela.. Die room mate aku, mestila aku kene amik berat pasal kawan. Aku jenis yang caring pasal kawan.. Takkan sebab pasal hal kunci hostel aje kau nak diAM NGAN KITEORANG? Tak pon pasal hal cik R tak buat kerja rumah tu[buang sampah]

Takkan sebab tu aje kau tak nak cakap ngan kawan2 yang lain..

Aku yang tak bersalah ni pon dia taknak tegur..

Sampai mati ker apa dia nak macam tu?

Sampai mati ker apa die tak nak cakap ngan kiteorang?

Aku rasa macam dok ngan tunggul la..Kenapa ngan pekerja Hospital dia boleh cakap plak, tapi kalau ngan aku and kawan2 hostel yang len boleh plak dia tak nak bukak mulut.. Sakit hatinya ada kawan macam ni.. Cakap ngan die, macam nak tak nak aje. Menyampahnye.. selfish btol! rela dok ngan tunggul daripada dok ngan dia!

Lantakla dia nak jadi bisu ker tak nak.. janji aku dah malas nak cakap ngan dia agi. Sejak dari hari kamis lepas aku x cakap ngan die.. tengok muka dia pon dah menyampah.. Baru first time aku menyampah ngan kawan yang rapat ngan aku taw!

Dulu die seorang yang periang, peramah.. tapi sekarang.. perghh bisu! Tak nak bukak mulut..

Barula aku kenal perangai dia yang sebenar..

JANGAN SAMPAI AKU BENCI KAT KAU.. Lantak kaula tak nak tegur lagi ngan kiteorang

November 14, 2009

Kalau boring tutup mata

Macam biaser, aku ceritakan tentang kehidupan aku kat Hospital Pakar Puteri, JB. mAYBE ADA YANG BORING dan maybe ada yang tidak. Kalau boring tutup hidung hehe. Tak pon tutup muntut. Ok aku malas nak cerita pasal hal sedih, my personal life la..

Pagi tadi, ada sorang uncle, my patient dia dah nak discharge[balik]. Umo dia 60 lebih gitu la. Tiba2 dia bawak beg besar, kira nak balik la tu. Dengan tongkatnya sekali dibawak.. Haha tiba2 staff nurse terkejut.. "Eh uncle mau pegi mana?" Saya mau balik la..."Uncle x boleh balik... anak belum datang lagi maa.." "Tape2 anak saya nanti saya angkat itu call.. "Angkat itu call? Call mana boleh angkat maa..jawab saja"


Haha gelak abes aku.. akak staf nurse tu saje jer nak usik uncle tu.

Tak saya mau tunggu itu anak dekat bawah.. "Uncle2 masuk bilik dulu, nanti anak susah mau cari uncle kalau uncle pergi dulu.. jum2 ikut saya pegi bilik..Adik amek beg die letak dalam bilik..

pASTU AKU ngan Puteri AMEKLA..

OOOOO apa pasal amek beg saya, mau curi ka.. pastu yang si uncle tu boleh plak pegi jolok tongkat dia kat kiteorang.. Hahaha mampus aku tak layan.. Nak men jolok2 plak uncle ni.. gigit kang

Takla uncle, saya mau letak beg uncle dalam bilik balik meyh..


Lepas aku dah dapat beg dia, terus letak kt dalam bilik die.. tiba2 dia cakap..

Saya report dengan anak saya kang, biar tangkap sama kamu Hahaha mampus lagi tak layan..

Aku ngan Puteri dah nak tergelak.. uncle ni wat lawakla plak.. mana ada kiteorang curik, kiteorang just letak balik jer kat bilik die..

PASTU AKAK STAF NURSE SURO KITEORANG JAGA UNCLE SORANG NI. Aisehh dah kerja kiteorang kan.. tapi aku suke jer layan uncle ni, sebab dia cute ngan friendly.. Tibe die duduk kat atas kerusi panjang. Aku pon tumpang sekaki duduk dengan dia, nak jaga punya pasal.. Bermula lah perbualan kiteorang ni..

"Tak mau kawen ka?" E'eh tiba2 cakap tak mau kawen ni ape pasal plak.. mestilah nak kawen weyh..
"Saya muda lagi mana boleh kawen.."
"Bapa umo?"
"18 taun la Uncle.."
"Oooo kalau camtu kawen dengan sayala.."

Haha lagilah aku tak layan.. Nak tergelak aku weyh!! Hemm layan jerla.. uncle ni dah sihat sebenarnya..mulalah nak mencarut

Dah2 uncle jangan nak merepek.. uncle nak kawen dengan saya tak?
"Nak.. "

"kalau macamtu, masuk bilik dulu, tunggu anak datang ok?"

okey.."

"Huh macamtula.. good boy.."

suka arr uncle ni :DD bUAT AKU HAPPY JER NGAN GELAGAT DIA..


Masa uncle tu lalu depan kaunter jururawat nak balik, dia lambai tangan kat aku sebagai tanda Good Bye dengan senyuman sekali.. aku pon balas LA LAMBAIAN DIE.. "bye2 uncle" =)


-THE END-

November 8, 2009

Tuhan melindungi aku, syukur

Masa hari jumaat, pukul 4.00 petang, aku tengah nak ambil blanket patient dari dalam grobok. Pastu bila dah dapat blanket tu, tiba2 hati aku terdetik nak langkah setapak ke belakang. Tak tahula kenapa.. Tiba2..!! ada satu kayu yang panjang, siap dengan paku2 terjojol uh! jatuh dari atas gerobok. Benda alah tu tak kuat, sebab tu nak terjatuh. Aku terkejut sangat2 bila kayu tu tibe2 jer jatuh depan mata aku. Nasib baik la tak kene kepala aku ni weyh. :( Kalau tak menangis aku masuk wad seminggu... Dalam hati aku berkata "ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH.." 10 kali aku cakap x benti2. Menangis aku kalau betol2 terjadi kat aku, Nyayenye Ya Allah.. Syukur sangat2 kepada Tuhan yang melindungi aku. Aku hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya termasukla nasib aku ni. Alhamdulillah..

Tiba2 aku terdetik, agaknya ada hikmah disebalik kejadian tu ke atas diriku. Sebenarnya, aku menangis sekejap bila benda tu jatuh depan aku. Sebab aku terkejut jer.. Dan aku takut, nyawa aku boleh ditarik bila2 masa jer.. Panjangkanla umur aku Ya Allah supaya dapat aku beramal kat dunia ni banyak2. Banyak benda yang aku nak buat sebenarnya.. InsyaALLAH..

korang tgok naseb bek muka budak ni tak kene ngan kayu tu :(

October 31, 2009

Missing you buddy

"Hye guys miss you so much!!

Did you miss me?

Hehe"

Seriously, busy gyler ni..
with my patients..and assignment..


a lot of work.... =(

September 25, 2009

Raya Oh Raya

bersambung..
Weyh citer raya aku belom abis agila.. gahaha. ^_^ Tok soh risau, tak banyak pon. Raya kedua kiteorang gi beraya kat uma Tok Yah. Baju berwarna pich jadi pilihan aku. Baju ni baru last2 minit aku beli ngan mak. Ehhe sebab baju yang sepatutnya aku pakai tok raya ni x siap jahit lagi lol. Mak aku bz, sebab keje... aiseh alangkah bagus kalau aku pandai menjahit. Tape pelan2 aku nak belajar k.

telatah kiteorang jangan cakap la, "mcm kanak2 Ribena.." bak kata Syaq =.= ciss haha

ceh nampak tu siap ada logo UMNO

Time raya kedua aku banyak dapat duit raya..bestnye.. Tapi teringat plak kisah aku masa kecik2 dulu, dapat duit raya seringgit jer. Yerla budak kocik mana bole pegang duit banyak2.. an an an.. Tapi sekarang jangan cakapla, 10 sampai 100 ringgit pon ada orang bagi juga aw duit raya. untung sehh..

Inila Akil budak kecik yang aku cakap.. ;)

jemputla makan kuih jemput2 tu, hihi


Alahai, nanti bila da naik kelas aku kene terus pegi posting kat Pakar Puteri. Nampak gaya, minggu depan aku dah kene belajar balik la.. Wahai si temanku buku, kiter berjumpa lagi ya. Tapi raya x raya aku kene ingat pasal macam mana aku nak hadapi mayat ni.. MAKKKKKKKKKKKKKK!!!! tolong aku weyhhh


Bye2 kawan2... =)

September 24, 2009

Marilah kite bermaaf-maafan

Hari raya pertama, raya kedua, raya ketiga dan raya keempat memang meriah btol.. Aku ingat raya tahun ni x meriah, rupanya meriah gyler. Sebab tahun ni semua sanak saudara balik, kecuali family arwah cik Tom aje la. =( Diorang dah jarang ke rumah atok, sebab diorang raya kat KL. Hemm.. Jum! tengok gambar kat bawah..

ayah ngan cik Om, hahaha x ley handle la..

Raya tahun ni memang meriah sebab ditambah dengan budak kecik yang bernama Akil, dialah budak paling sporting ngan happy go lucky. Haha die suke buat hati orang ketawa. Mana la kiteorang x ketawa, dia suka menari, menyanyi ngan cakap seorang diri kat depan semua orang. Entah apa yang die cakap pon aku x paham. ahaha..die guna bahasa sendiri. [Gambar dier xde dalam ni, nanti tunjuk]



Yang tak boleh handle, rumah nenek ayah ngan rumah nenek emak sebelah-sebelah jer. Jiran la katakan.. haha. Memang x best aww klo uma nenek ni dekat2. Orang nak jaoh2 baru best. Tapi yang bestnya kalau umah atok dekat2 ni, family aku takdelah pening2 sangat nak pegi beraya rumah mana tahun ni. Haha, one more thing, jimat petrol kereta weyh. Aisehh.. =)

alamak Danish, janganla buat muke seksi, nanti kak ana tergoda. Ahaha
tunjuk sikit duit raya Qayyum, hehe[ ni abang, atas adek]
Boldmana hang nak lari Danish

Raya kedua kalau x silap aku, kiteorang pegi beraya kat umah Pak Long, kat kempas kot. Alamak ramai sehh org datang beraya.. rumah terbuka la katakan. Tapi agi beshnye, bakal sedara baru aku tu ramai yang hensem weyh. Diorang datang dari KL sebenarnya. Aku ngan kakak cuci mata la. Eh aku sorang jer boleh, kakak aku x bole, sebab die dah ada bf. ;) Ehheh jangan mara hah, aku single lagi. Bluekkk ;p

bersambung..

July 17, 2009

My pleasant at home


Hari ni aku balik uma.. Syukur2... Sejak aku pindah ke rumah baru tu.. banyak kejadian yg tak diingini berlaku. Terutamanya rumah sebelah aku tu. Ada jerk bende2 tak diingini datang menganggu. Yela rumah baru kan.. Macam bila dah larut malam tu, kawan2 aku mesti kene kacau ngan suara2 aneh. Bunyi orang berdesing la, bunyi beg diseretla.. bunyi tombol pintu macam nak bukak la.. Perghh xnk mcm seram gyler weyh bila diorang citer mcm tu. Tapi aku tawakal dan redha jer.. Baca Doa bile dah nak tido adalah satu kewajipan! Aku buat tak taw jerk.. Bila diorang citer aku tutup telinga! Nasib baik.. ALHAMDULILLAH rumah aku tak kene ganggu sangat.. Syukur 100 kali kepada ALLAH. heee~

Hari ni aku dapat stay on9 lama2 sikit. Finally.... Woah! Banyak assignment kene buat [hehe padahal satu jerk] Tadi ada soalan kuiz tentang Anatomy & Phisiology. Senangnye soalannya.... hahaha aku ketawa macam nak gila........

Beshla, tadi aku jumpa kawan baru aku.. nama dia Cik TENGKORAK BIN SKELETAL

Ahaks! Nak tergelak aku bila Sir Yap angkat kaki Cik Tengkorak tu ke atas sebab nak tunjukkan struktur tulang kaki. Aku plak ashik terbayangkan jer yang cik tengkorak tu macam nak terkangkang jek.. hahahahaha.. Macam nak buang angin jer.. Weyh mcm mana aku nak blaja ni, ashik ketawa jek, ni semua bermula daripada kwn2 aku yg dok blakang tu. Diorangla yang start dulu gelak.. haishh

Tapi aku ada satu citer yang buatkn hati aku sedih..

Aku dapat satu mesej dari Orang Tak Dikenali [OTD]

mAsa tu aku ada kelas Anatomy.. kire2 kol 10 lebih
Mula2 dia misscall aku dulu.. tengok2 nombor macam dari KL. Dia 017-2..

KL kan2???

Hye farhana

Sape ni??

Kwn lama . Suda sombong ei skrg.

Kwn lama? Sorry ea kite x save pon no. ni..Sapa nama awk?

Hmm xpe r . Xya r tau nme kit
e . Just ignore je . Ok bye .

Pastu aku try call die sekali.. Dia tak angkat!! Btol2 majuk orang ni agaknya.. Gedik ar minah tu.. Eh entah aku pon x taw laki ker pompuan yg msj ngan aku tu..

Huh! minta ampun minta maaf, no. kwn2 lama2 kite da de byk yg kite delete and letk dlm diari lme. Sebb nama kwn2 lama hampr2 sama ngan nama kwn2 kolej..
cowi sangt2

Seriously aku delete jer no. kawan2 aku YANG sombong tu dan gyler senyap jer ;(

pastu dia trus tak balas msj aku.. Aku rasa serba salah pon ada gak sebab die cakap dia kwn lama aku.. Pastu aku ley x kenal no. dia lak. Sah memang no. KL!! Tibe2 jek nak majuk! nade2 tol.. Nak kata kwn Serdang aku pon bukan, sebab aku dah check dah no. diorang dlm buku diari aku. X sme langsung!! Geram la OTD tu!! Entah sape ntah dia tu tibe2 jek nak majuk ngan aku. Aku mana ada ramai sngt kenalan kwn2 KL ni.. Except nombor2 yang aku rasa x perlu jer aku nak delete.. Malas nk layan dowh..

Wahai OTD, aku harap sangat siapakah kamu.. Kalau x kenal pon janganla mara sangat Ok.. Seriously memang x kenal pon nombor tu.. Orang KL la.. I'm wondering, who is it?

Kalau kwn lama aku, siapa die.. =( hmmmm