July 11, 2010

Cerita di hospital

Assalamualaikum ya my friend. Agak lama aku x post entry bru.. jangan kata dah lama memang pon. Nak tau kenapa? Sebabnya dah seminggu aku x pegang broadband.. Sebab case study punya pasalla aku x dapat on9 slalu. Itu aku buat semua adalah keputusan sendiri.. Sebab asal ada internet mesti nak facebook tak pon blog. aduh mmg x ciap la case aku.

Aku amek case pleural effusion.. tak tau pleural effusion tu apa? Tengokla kat internet.. haha kan facilities ada.. Ok cakap pasal hospital, macam2 ragam orang aku jumpa kat hospital. Bukan setakat patient punya ragam jer, akak staff nurse pon sama gak meragam jer banyak..

Semalam aku keje shift pagi, start pukul 7 sampai pukul 2 petang. lepas abes report tentang patient, aku terusla tolong akak2 C.A. (care assisstent) ngan akak staff nurse tukar semua cadar2 patient setiap pagi, memang kene wat bende tu. Lepas dah abes tukar semua, aku pon bentila jap. penat nak tukar smpai 30 katil.. Tapi jangan risau, ada gak pesakit yang tak nak tukar cadar..

Tiba2 masa nak pergi kaunter jururawat tu, terdengarlah call bell from patient, aku pon pergila cepat2. Tengok macam takde orang pergi aku pon pergila walaupun aku tak jaga area tu. Akak staff nurse tu boleh buat dono jer tak nak pergi patient yg ada call bell tu. Aku masuk pastu tanya..

"Kenapa cik..(dengan muka manis ni)"
"Saya sakitla.. tak nampak ker orang sakit ni.. dah panggil dari tadi tak datang2.. apela!"
( smbil memegang pinggangnya yg sakit tu)
Perghh pagi2 dah kene marah.. ni yang nyirap tol aku hari ni

"Yerke cik nanti saya panggil akak staff nurse bagi ubat.."
(dalam hati tengah sakit ni.. sakit ni taw tak..)
"Cepatla.. saya nak injection!"

Dalam hati aku kata:
Haihh kau ni bawak mengucap boleh tak.. cubalah istighfar banyak2.. tau marah orang jer.. tak tau nak berterima kasih.. kang aku bagi... bagi.. haaaa tak sampai ati plak nak bagi pelempang.. dah tercakap...

Pastu aku beredar dari situ dengan muka masam, tapi aku tak tunjuk depan dia.. Sebab aku tau, patient macam tu kene bawak bersabar.. After that aku inform kat akak yg jaga bahagian ubat..

"Akak, patient 636 tu nak injection, dia kata sakit.."
"ok2 nnt akak cari jap.."
"Thanx.."

Aku yang jaga patient dari jauh pon boleh dengar call bell dia dan terus datang ke tempat dia, tiba2 ni yang aku dapat! Farhana sabar yer.. nila dugaan aku sebagai nurse. >.<

Agi satu cerita, aku nak mintak sign kat akak staff nurse tu untuk procedure yang aku dah buat, kalau tidak sister tak terima kalau takde bukti.. So aku pon mintakla sign dia..

"Terima kasih kak.. eh akak, boleh tak letak nama kat sebelah, nanti tade bukti.. nama akak sape?"
"Haih kau dah bape lama keje kat sini tak tau nama aku, geramnye aku.."
"hehe sorry kak.."
(HAIH AKAK NURSE YANG LAWA LAGI BIJAK LAGI ADIL, KAN RAMAI AKAK STAFF NURSE YANG KEJE KAT WARD TU, TAKKAN SEMUA NAMA AKU BOLEH INGAT KOT! KAN BARU 3 HARI JER AKU KEJE KAT SITU.. MANA BOLEH AKU NAK INGAT NAMA KAU SORANG JER..AKU RASA LEBIH 20 ORANG STAFF NURSE KOT YANG KEJE KAT SITU..)

BENCI2!!!

7 comments:

azaliahjsalleh said...

x pe fana, u muka manis , kena ttp senyum even byk perangai org yg kita kena thn.
jd seram sejuk plak na gi praktikal akhir sem nie

Anonymous said...

sabo je la

farhana said...

azaliah - thnx my dear, hehe jgn camtu.. mmg setiap praktikal pasti ada cabaran dan dugaan, kalau tak kita takkn jd matang tol x syg?

Cik Akma said...

sbr la syg. =)

cimon said...

yok sabar yok!

hehe (^v^)

p/s:tiada kejayaan tanpa pengorbanan... perghh...sadiss sungguh!!

farhana said...

cik - huhuhu okeys x)
cimon - betol.. betol.. betol..

cimon said...

mcm upin-ipin laa pulak bdk nie...

xpe...asal hepi sudah!

hehehe (^v^)