April 4, 2017

making-sweetness Pengalaman ketika hamil

 Assalamualaikum 
Ma Syaa Allah, lama nya tak update blog. Banyak sangat kenangan pahit dan manis yang farhana dah lalui untuk tahun 2017. Sebagai pembukaan entry untuk tahun 2017, farhana nak share sikit pengalaman sebelum bersalin. Banyak sebenarnya nak kongsi cerita, tapi pengalaman bersalin lah yang farhana tak boleh lupakan.

12 MAC 2017:
Waktu ni dah masuk 39 minggu pregnant. Agak takutla sebab waktu nak bersalin dah hampir dekat. Macam2 keluar kat kepala otak ni, haha. Yela mengandung anak pertama. Mestila rasa excited, anxious.Pada pukul 0600 pm, masa nak buang air kecil tu terasa something keluar kat bawah, die macam lendir kahak warna kuning cair. At the same time, farhana memang ada batuk2 kahak, so ingat kahak keluar la ikut bawah kan. So abaikan jela pasal lendir tu, sebab keluar sikit je.

13 MAC 2017.
Pagi tu again lepas buang air kecil, benda yang sama keluar, iaitu lendir berwarna kuning, tapi kali ni agak pekat warnanya. So dah start anxious, tanyalah kawan2, search google, takkan tu tanda2 nak bersalin. Selalu kalau nak bersalin air ketumban pecah, rasa contraction yang sangat2 kuat. Tapi semua tanda tu takde jadi lagi. Bila google je, memang tu pun salah satu tanda awal nak bersalin.

Tapi, mungkin tak ramai yg alert dengan "show" yg sebenarnya boleh datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Dalam pelbagai jenis "show", "blood show" merupakan tanda yg paling mudah untuk di kenali berbanding dengan yg lain dimana ianya merupakan lendir yg disertai dengan darah. Dan untuk pengetahuan, "show" ini ditunjukkan dalam fasa pertama proses bersalin yg mana pada peringkat ini serviks akan terbuka sehingga 2 cm. 
(cc : http://mummygojez.blogspot.my)

14 MAC 2017:
Pukul 0530 AM, tiba2 farhana terasa sakit semacam kat bahagian perut sampailah ke bahagian pinggang. Dia punya sakit macam sakit senggugut yang paling teruk farhana belum pernah rasa. Sakit sampai tak  boleh tidur, nak nangis rasa. Dia punya sakit setiap 5 minit datang. Eh tak hilang2 juga, lagi lah rasa takut membuak-buak. At the same time, hari ni memang ada antenatal check up ngn Doktor. Rasa macam mujur jugalah boleh check baby sekali.
Pukul 0830, sampai klinik je cakap ngn kakak klinik nurse rasa contraction kuat sangat, then kene pergi labour room check ctg. Lepas check ctg, memang tinggi contraction, then check VE, da buka 4 cm, nurse kata kene admit. ALAMAKK

Pengalaman dalam labour room memang satu-satunya yang tak boleh dilupakan. HAHAHA. Bak kata orang sakit sampai tak kisah nurse nak buat apa buatla. Dah hampir 4 jam, sampai staff shift petang pun dah take over. Farhana still kat dalam labour room. Tunggu pembukaan sampai 6 cm, barulah diorang bagi ubat pitocin ni paling tak boleh tahan sakit, ubat ni memang akan lagi kerap rasa contraction dan lagi KUATTTT  RASA CONTRACTION die sampai rasa nak pecah perut ni:((
TO BE CONTINUE, ANAK DAH MENANGISSS LA PLAKKKK

October 30, 2016

making-sweetness Memory in 2016

 Assalamualaikum 
Kali ini rasa lega sangat2 bila ada masa nak menaip entry baru. Dari dulu lagi tujuan fana buat blog ini sebab fana nak mengisi masa lapang, itu statement zaman bujang la. Hehehe :p Tapi loni nak isi masa lapang dengan blog pun takde masa da. Sebab sejak kahwin ni busy dengan husband, busy dengan kerja dan life sendiri.

Banyak benda yang fana rasa tahun 2016 ni jadi kenangan manis buat fana. Bermula dengan kenangan menamatkan zaman bujang sampaila kenangan positive pregnant. Macam tak percaya je semua tu berlaku.

Dari dulu lagi fana memang suka dengan baby, sejak kerja dekat paeds ward. Selalu jumpa baby, tapi malangnya diorang sakit. Then teringat bila ada anak sendiri one day, bila dia sakit, fana akan jaga dia sebaik mungkin. In Sya Allah. :)

And sekarang bila dah tahu tengah pregnant, one day I'll try to be the best mom in the world.(Cewahhhh!) puih heheheh.

Entry kali actually nak share gambar shooting outdoor dengan some gambar hok lain. Adeh sejak kahwin ni, mentang2 husband ore klate, memang bahasa jadi rojak da. Hahahaha. Klate campur johor. Bila ore johor nak kecek klate memang dengar bunyi macam siam terus. Malu plak! kihkihkih Tapi sekarang ni bila keluarga mentua kecek klate memang fana faham sangat. Cuma belum fasih nak bercakap.


Truely,


Nurfarhanah Bt. A. Fadillah