February 26, 2012

Kembali ke tempat Praktikal


Assalamualaikum ,

Bye2 korang, saya akan pergi ke tempat praktikal untuk last time( semester 6). Pas ni dah xde dah pegi tempat praktikal. Lepas habis praktikal ada Final exam, lepas tu ada exam untuk Lembaga Jururawat Malaysia. Wish me luck! Kali ni saya dekat Johor Specialist Hospital jer. Huuu petang ni dah kene gerak pergi hostel baru. Hmmm mood: malas..

Ok praktikal sebulan jer pastu, ada posting kat Hospital Mental kat Permai. Nak merasa juga pengalaman posting kat tempat orang sakit jiwa ni.

Hopefully bukan saya yang sakit jiwa di sana.. See you soon, bye. Salam~

Truely,

Nurfarhanah A. Fadillah




February 25, 2012

Khidmat sebagai hamba Allah yang setia

Assalamualaikum ,

Kat dunia ni takde apa yang saya cari. Kekayaan, paras rupa, populariti semua tu tak menjanjikan kebahagiaan dalam diri saya. Percayalah kawan2. Semua tu bakal hilang bila Allah tarik balik bila2 masa.

Hari kiamat pun kita tak tahu bila akan datang. Maaflah aku memang suka cakap pasal kiamat sebab nak mengingatkan kawan2 aku termasuk aku juga. Masa kita dah tak panjang kawan2. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai hamba Allah di dunia ini. Buanglah keseronokan di dunia, cari lah hidayah Allah di dunia.

Di dunia ni saya cuma nakkan keimanan yang berkekalan dari Allah. Saya nakkan jiwa saya ni sentiasa ingat pada Allah. Saya tak nak lupa pada Allah walau sesaat sekalipun. Saya nak hidayah dari Allah. MasyaAllah.. tertinggal satu solat pun rasa macam "Ya Allah..dosa besar apalah yang aku dah buat ni"

"Aku rasa biarlah aku hidup susah di dunia ni dulu, kat akhirat nanti barulah aku berehat secukupnya". Sebenarnya blogging ni dah jadi salah satu inspirasi untuk aku mencurahkan segala isi hati yang terpendam yang mungkin susah untuk aku cakap "verbally". Mungkin aku lagi suka cakap melalui blog sahaja.

Kadang2 tu bila aku suka cakap pasal diri aku kat sini, mesti ada orang tak suka. "Eleh berlagak baik". Aku cuma menggeleng-geleng kepala saja. Berdoa orang2 macam gini (buruk sangka) akan berubah dan insaf. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka2 yang suka bersangka buruk dengan saya. Amin. Thanks for read my entry.

(Nota kakai: Pssss eh rasa bersyukur bila ada follow blog saya. Thanks kawan2. Hargainya. :) )



Truely,

Nurfarhanah A. Fadillah

February 19, 2012

Some words may change your attitude

Cry is not the solution to resolve the problem, but sometimes cry can make you feel better and can relieve your feeling of sadness.

Hayati Doa sebelum masuk peperiksaan

Assalamualaikum,

Memandangkan esok aku ada exam Mental health. Aku tercari-cari apakah doa untuk aku memulakan peperiksaan. Dan terima kasih ALLAH kerana melalui Doa aku dapat berhubung denganmu. Dan Kau jua dapat mendengar isi hatiku melalui doa. Dengan membaca Doa, aku dapat memohon permintaan kepadamu Ya Allah. Semoga Kau memakbulkan doaku. Amin.

1. Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


2. Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:


3. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

4. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


5. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.


Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

6. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.


Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

(Terima Kasih : Awak )

February 16, 2012

Ais krem yogurt dan buah-buahan

Assalamualaikum,

Untuk pengumuman penting di sini saya akan posting di Johor Specialist Hospital saja kali ni. Jadi banyak assignment akan dilakukan semasa posting di JSH iaitu Portfolia yang berlambak akan dilakukan. Usaha tangga kejayaan. Jangan mengalah Farhana. Work hard for semester 6, never ever give up. You'll become looser if you do always think negative. Open minded please if your mentor scolded at you.

Hehe tengah bayangkan mentor saya mesti akan memarahi saya semasa praktikal nanti. Hmm perkara biasala tu kalau dalam proses pembelajaran. Pastu nak kene ikut doktor buat round tengok patient, takutnya. Kalau tersalah dengar doktor order investigation apa untuk patient ni, mati wooo. Kene marah dengan doktor jela.Ala kalau semua doktor kat JSH tu baik macam doktor kat Tawakkal (Dr. H) ngan Kuantan(Dr. K) kan best.

Jadi cerita selanjutnya adalah di bawah. Ais krem!!! Dah lama tekak ni tak dibasah dengan kesejukan ais krem.

Ais krem J. Co la yang tengah saya cakapkan. Rasanya pun boleh tahan sedap. Dan rasanya adalah 100 peratus buatan yogurt. Hehe aku men cakap he ni, tapi rasanya memang rasa yogurt betul. =) Boleh tambah apa2 jenis buah-buahan yang kita suka. LOVE IT.

Ermm teringat tutti frutti saya yang pertama kali saya buat tu. Huduh!



February 12, 2012

The favourite comic

Assalamualaikum and hai,

Kenapa agaknya kali ni aku nak bercerita pasal komik lawak kampus ye? Sebab aku nak promote sikit pasal buku ni. Citer dia best, walaupun kadang2 tu ada mengarut sikit tapi layan jer. Haha.

Aku rasa semua orang dah taw pasal komik Lawak Kampus ni kan? So tak payahlah citer panjang2. haha

Cubala teka buku kat bawah ni tebal ke nipis? Tebal? Ada ke yang edisi tebal macam tebal kamus tu? Of coz ada, kalau tak kenapa aku nak tunjuk gambar kat bawah ni hehehehe


Harga untuk komik tebal ni tak murah tak mahal dekat 30 ringgit jer. =) BELILAH2.. Best k untuk isi masa lapang kalau rasa2 stress ke pas baca buku tu. Baca buku ni bila tengah stress, sedih dan bosan, confirm ketawa balik :D

Cerita satu!
Photobucket

Cerita dua!
Photobucket

Cerita tiga!
Photobucket

Dalam banyak2 watak dalam komik ni, aku suka watak bepop, sebab dia kelakar even kadang2 tu watak dia menggelikan. Haha. Geli sebab jerawat dia.. Thanks to Keith, pelukis kartun dalam komik ni sebab mengilhamkan kartun2 ni untuk buat aku ketawa walaupun ketawa sikit. Thanks sebab buat kartun comel ni. =)


February 9, 2012

Mukjizat air sembahyang

Cerita mukjizat air sembahyang bermula dari sini

"Ahhh aku ni pehal ashik teringatkan lelaki yang aku baru jer kenal.. takkanlah giler bayang??" Power gak dia ni, buat aku ashik teringatkan dia jer..

Errkkk aku taknak jadi giler bayang. cukuplah! aku ni ashik rindu orang, buat sakit hati jer.. Kadang2 aku tertanya-tanya apa dia jalan penyelesaian untuk mengubat hati aku ni.

Pernah aku berzikir, huhu dalam 10 minit hilang terus kekebalanku untuk lupa dia. Hmmm ingat dia lagi.

Pastu aku cuba baca majalah dan buku..hmmm tak sampai 5 minit nampak terus nama dia kat dalam buku tu. (Bayangan halusinasi dah menjelma hahaha) Hmmmm ingat dia lagi!

Pastu aku cuba dengar muzik dan nama2 Allah, hmmm tenang jer rasa dengar nama Allah. eh tiba2 terdengar lagu CINTA. Tak ley pakai punya muzik. Dah lah hampir semua muzik lagu pasal cinta jer. Bukak kuat2 pun tak boleh lupa bayangan dia. Kuat betul dia punya kuasa bayangan. Hmmmm ingat dia lagi!!


Ok dalam sebulan lebih aku cari jalan penyelesaian untuk masalah aku ni.


Apakah?
Apakah?
Apakah?
Apakah?
Apakah?
Apakah? 1000 kali aku tanya..


Akhirnya, aku cuba ambil air sembahyang sebelum masuk tidur. Hmm macam biasalah kalau nak tidur jer mesti teringat dia.(Opss pecoh rahsia) GILA BAYANG KAU!! Ok penyakit gila bayangan ni paling parah pernah aku alami. Takde penyakit lain yang boleh tandinginya.. Eh silap2.. Maaf!! Aku tak suka dilabel gila bayang di sini cuma penyakit misteri jer boleh di labelkan di sini. I HATE DI LABEL GILER BAYANG.

Ok nak tahu apa keputusannya bila aku ambil air sembahyang? Alhamdulillah..kerinduan aku da terubat dengan mengambil air sembahyang. tapi sebelum ni aku selalu jer ambil air sembahyang tapi teringat dia jugak!? Ohhh aku selalu kentutut, that's why air sembahyng aku hilang.

So kekebalan ku adalah ambil air sembahyang sahaja. Amin!! Hahaha. Semoga korang akan selalu mengambil air sembahyang untuk tenangkan jiwa dan untuk mengelakkan dari diganggu oleh setan. Sebab air dan api tak boleh disatukan. That's why setan susah nak kacau kita bila kita dah amek air sembahyang ni. Ok salam..:DD

Aku pernah gak rindu giler kat budak ni tapi tak payah kot amek air sembahyang sebab tak parah rindu aku kat budak ni.

February 5, 2012

Info yang berguna sempena Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua! =)

Mula2 nak ucap, selamat menyambut hari Maulidur Rasul. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun 2012 ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah“.

Sekali kita selawat bersamaan dengan berpuluh puluh pahala yang Allah berikan kpd kita. Dan aku tak tau berapa banyak pahala kita boleh dapat dengan sekali ucapan. Bayangkan banyaknya pahala kita boleh dapat.

Ok nak bukak cerita lain plak. Kadang2 saya nak bagitau sedikit cerita mengenai makanan haram zaman sekarang.

Kalau korang nak tau, orang kafir zaman sekarang sangat pandai untuk menyesatkan umat islam. Contohnya, mereka meletakkan kandungan lemak babi ke dalam makanan yang biasanya dimakan sebagai hidangan snek.

Baru2 ni saya ada terdengar cerita yang ada kod2 tertentu ada mengandungi lemak babi. Biasanya lemak babi ini akan ditukar dengan nama lemak haiwan. Itulah taktiknya orang kafir.


Saya sendiri tak tahu setakat mana kesasihan cerita ini benar atau tidak, cuma selagi ada masa saya nak share maklumat berguna ini kepada semua umat islam yang disayangi.


Antara kod yang mengandungi piggy

E100, E110, E120, E-140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482,E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.



"E904 TU ADA DALAM COKELAT CADBURY yang saya ada termakan baru2 ni. MasyaAllah semoga Allah mengampunkan dosaku."


Sebab tula saya rasa, perangai dan tingkah laku seseorang tu semua bermulanya daripada cara pemakanan kehidupan seharian. Kalau kita ni berkeras tak nak laksanakan PERINTAH ALLAH, macam susah betul!!!! nak solat, ni semua sebab hati kita dah keras disebabkan makanan haram. Tolonglah sucikan hati anda dengan berzikir dan berselawat.

Sumber makanan haram membuat kita mudah melakukan dosa.

Mungkin itulah salah satu faktor umat Islam zaman sekarang memandang rendah dengan dosa2 Allah. Sedihnya.. =(


Adalah tanggungjawab kita bersama untuk mengikuti syari’at Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada sesama muslim lainnya. Lastly, Salam Maulidur Rasul semua! =)


February 3, 2012

Yee Sang Chinese food

Assalamualaikum dan hai semua..

Lihatlah Yee Sang ini. Dalam dia ada campuran halia, sengkuang dan campuran sos2 yang lain. First time aku rasa macam minyak gamat di campur dengan keropok yang rangup, hehehehe. Bila dah lama2 rasa boleh tahanlah. Sebab makanan ni campuran sayur-sayuran. Menurut kefahaman aku, makin tinggi yee sang digaulkan ke atas, makin banyak tuah dia dapat. Haha makan dengan chopstick da terror dah..

Cubalah rasa yee sang ni, yang pasti yee sang yang aku makan kat atas ni non alcohol dan bebas khinzir. Itu penting sebelum nak makan mana2 chinese food ok. =) Jum baca serba sedikit pasal Yee Sang ini, macam biasa copy and paste..hehehe

"Yee Sang (or Yu Sheng) is a raw fish salad that is usually eaten throughout the entire Chinese New Year. Yee Sang can also be prepared as a vegetarian dish as well by omitting the fish and replace them with more vegetables. Typically, the vegetables included are shredded radish, carrot, yam and sweet potato with added coloring, pickled ginger and green papaya. The most common raw fish used in the set of dishes is salmon"

Oh tapi sayang takde ikan salmon dalam yee sang yang aku makan kat kolej sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Hehe maaf aku takde camera canggih untuk tangkap gambar, so kalau ada gambar dari camera kawan2 aku nanti aku upload di sini.

Nway thanks korang sebab sudi membaca entry saya yang tak seberapa ni. =)) Babai!

wewitt tak sabarnya nak pergi air terjun dengan geng2 KEN. aku hehe. semoga segalanya berjalan lancar. Amin..(maafla aku tak pakai bedak time ni sebab tu ada garis2 halus mulus)