June 15, 2012

Cinta yang baik atau cinta yang jahat


Assalamualaikum,

Tak sangka dah masuk hari jumaat kan? Cepat masa berlalu. oklah tak nak membuang masa, sebenarnya banyak idea saya sekarang ni nak berkongsi dengan anda semua. Tajuk hari ni cinta! Saya yakin tak semua orang boleh menahan rasa cinta terhadap seorang lelaki atau perempuan. Cinta macam mainan, ia sekejap ada sekejap tiada.


Tapi beware!! Cinta boleh membawa kepada gejala maksiat. Cukuplah dah meluahkan rasa cinta kepada si dia, "kalau awak nak bercinta dengan saya, awak kene nikahi saya dulu." Si lelaki bertanya "Kenapa pulak??" "Saya takut maksiat, berkawan dengan saya dulu ok, kalau ada jodoh kita tentu akan bersama". Adakah masih ramai lagi lelaki yang dapat hidup tanpa couple? Kebanyakannya lelaki akan rasa bosan untuk hidup tanpa pasangan kekasih, tetapi itulah lumrahnya, mereka akan tetap mencari perempuan untuk bercinta. Hmmm tak kisahla rasanya kalau korang nak bercinta tapi tak pernah terlintas nak buat maksiat sekalipun kat hati ni.


"Aduh aku tak boleh hiduplah tanpa dia, aku kene mesej, kene telefon, kene tengok muka dia setiap hari barulah aku tak rasa sepi..nanti rindu.." Alahai nak rindu plak, menyampah! Hmmm persoalannya, kamu takkan rasa sunyi selagi ALLAH masih ada di sisi kamu wahai hamba Allah. Jangan kerana kamu bercinta dengan manusia, kamu lupa untuk mencintai Allah sesungguhnya. Cintai Allah dulu sebelum cintai orang lain. InsyaALLAH kamu akan diberkati dan dirahmati oleh Allah selagi kamu masih hidup di dunia ini.


Entahlah, ada lagi ker arr lelaki yang tak pernah couple sampai sekarang ni? Jarang kot. Hee sebenarnya perempuan pun sama juga, ada lagi ker perempuan yang tak couple sampai sekarang?? Eh mestilah ada lagi! Heee~

Susah saya nak tafsir bagaimana agaknya pasangan yang sedang bercinta ini, yang akhirnya tidak akan berkahwin. Sia2 tak rasanya. Kecewa, hampa semua ada. Saya sendiri pun takkan menjangka saya akan bercinta dengan siapa? Seriously! Cukuplah bila suatu ketika dahulu saya pernah menyukai seorang lelaki ini, dan setiap kali bila terpandang wajah si dia, hati saya terus berdegup kencang dan perasaannya agak lain macam.


So bagaimana saya nak hindari perasaan ini dari berterusan? Baiklah setiap kali saya terjumpa dengan dia, saya tidak akan melihat wajah dia, even hidung dia pun tak tengok ok. Nak taknak terpaksa buat macam tu. Supaya perasaan yang aneh ini tidak ada dalam diri saya.(Psss nak elak maksiat la weyh).

Pada pendapat saya, maksiat ni bermula dengan perasaan suka sama suka, lepastu mulalah nak dekat sama dekat, lepastu duduk berdua-duaan dan maksiat pula bermula dengan seronoknya. Dan syaitan bertepuk kegembiraan. Yeay!! Itu ke yang kita nak?? Nak syaitan menakluki hidup kita ke sampai ke neraka? Nak tengok syaitan berjaya ke? Never!! Kalau kita berjaya tumpaskan maksiat, maksudnya kita berjaya tumpaskan syaitan juga.

Rasanya dah banyak sangat saya membebel di sini. Cukuplah nak jadi ustazah wannabe. Haha. Maaf kalau ada terkasar bahasa dalam entry saya kali ni. Sekadar pendapat saya yang ikhlas, jauh sekali nak mengutuk sesiapa. Takde niat langsung. Anggaplah entry saya ni sebagai teguran sesama muslim. Kalau ada masa kita berjumpa lagi yer kawan2. Assalamualaikum semua, dada~

4 comments:

ubaidillah zulkefli said...

nice post.. elak maksiat kawen trus :) baru lah cinta smpai syurga namnye

cimon said...

bebel...bebel...bebel...membebel.

hak3 (^v^)

p/s: kalo lelaki soleh dtg meminang, kawen jek (^_~)

~uǝǝʇɐɟ said...

betul2, msh ada lg pmpuan yg single smpai skrg dan xpenah kapel. beliau adalah saya! kihkih :D Ssh nak serah hati pd yg buka halal. klu leh, nk cari calon husbend, bukan lah bf :)

farhana said...

I think is ok having a lover, as long as they knows where the good or bad for them. Remember ALLAH always will make you feel save and peace. right? if wrong just commented me