July 8, 2011

Tahajud Cinta kepada Allah s.w.t.


Pertama kali bila aku berpeluang untuk melihat Kaabah di hadapan mataku, perkara pertama sekali aku akan buat adalah menangis kerana terharu.

Dan sebaik saja aku dapat melangkahkan kaki aku di hadapan Kaabah, aku akan mengucap syukur Alhamdulillah kerana Allah telah memberikan aku peluang untuk menjejakkan kaki di Mekah

Dan sebaik saja aku dapat bersembahyang di hadapan Kaabah nanti, aku berharap aku akan meninggal dunia di hadapan Kaabah, kerana di sana adalah tanah paling suci pernah aku temui untuk disemadikan mayatku.

Walaupun kadang2 aku rasa badan aku ni tak layak untuk disemadikan di tanah suci Mekah, kerana amal jariah aku yang masih belum mencukupi untuk bertemu dengan Allah S.W.T. di akhirat kelak.

Rasa sangat malu untuk berjumpa dengan Allah s.w.t. bila terfikirkan amal makruf aku masih belum mencukupi

Mudah-mudahan Allah akan terus melindungi aku daripada syaitan dan memberi aku hidayah ketika aku masih hidup di dunia.

Aku tertanya-tanya, adakah setiap hari solat aku ni sempurna? Adakah Allah menerima solatku selama ini? Wauwahualam..


Kenapa aku ni mudah menangis bila selawat berseorangan di dalam bilik? Aku menangis setiap kali teringatkan Nabi Muhammad S.A.W. dan kekuasaan Allah seperti bencana alam iaitu Tsunami dan gempa bumi. Mungkin aku takut bila setiap kali teringatkan kekuasaan Allah yang begitu dahsyat yang mungkin aku dan keluarga aku juga akan terkena bila2 masa saja.

MasyaAllah, aku rasa aku dah bersedia menghadapi maut. Tapi aku takut untuk menempuh alam akhirat Mu Ya Allah! Takut sangat2!


Aku ni layak ke masuk syurga?
persoalannya dalam diri anda juga mesti ada kan

Jadikan segala kata2 saya ini sebagai muhibah, jangan dijadikan sebagai musibah

-SALAM-

4 comments:

Kadok said...

salah satu tanda amalan kita diterima ialah, apabila kita selesai melakukan sesuatu amalan, kita berasa ingin melakukannya lagi.

sbg contoh, bila da slalu solat sunat abla dan ba'da, everytime masuk waktu solat mesti nk solat sunat dlu. same la dgn amalan yg laen.

rase bersungguh itu punca amalan diterima

Unknown said...

makin famous cter neh skang :)

cimon said...

impian setiap insan, moga doa kamu dimakbulkan.AMIN.

(^_~)

syakirahmn said...

perbaiki diri ke arah kebaikan. insyaAllah. Allah lebih mengetahui ;)