November 7, 2010

Mengawal Marah


Bila menyebut perkataan marah memang tak dapat dinafikan, ramai orang yang tak dapat nak mengawalnya. lebih2 lagi bila tahap kemarahan dah mencapai takat 100 darjah celcius. hehe..memang seram kalau tengok orang tengah marah lagi2 kalau urat2 uh da terkeluar dari leher. Tapi senang jer cara nak mengawal kemarahan ni. InsyaAllah ianya berkesan kepada para pembaca. Kalau boleh sebelum tu, amalkanla setiap hari kalau da tahu hati tu panas baran. Saya pun cepat marah so saya juga mengamalkannya. Baca kat bawah ni..



MENGAWAL KEMARAHAN


1. Kalau sedang marah cuba senyum lebih dari 10 saat..

2. Baca doa ini setiap hari insyaAllah Marah kita akan kurang
~ surah Al-Baqarah ayat 250 dan baca ini alamnashroh laqasadrok..

3. Ini yang paling penting, tarik nafas dalam2 lepas tu hembus perlahan lahan okey

4. Tenangkan diri dengan duduk, kalau kita sedang duduk cuba baringkan badan kita pula

5. Cuba berzikir banyak2 dan berselawat ketika sedang marah.

6. Amalkan memakan sayur sayuran yang hijau segar dan buah-buahan yang mengandungi vitamin C baik untuk kulit dan mencantikkan kulit kita..

7. Kalau orang tu sedang marah, kita jangan balas balik dengan kemarahan yang lagi tinggi. Senyap sahaja sudah. Ia hanya akan memburukkan keadaan saja. Cuba jadi penyabar Allah suka orang yang penyabar..


Ingat tu ganjaran bagi orang yang selalu menahan diri daripada marah ini adalah
pintu syurga baginya. Malaikat pun tak nak dekat dengan kita kalau kita ni ashik marah jer. Mana nak dapat keberkatan kalau macam tu. Perasaan marah ini adalah datangnya daripada hasutan syaitan, syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk kita jauh daripada ingat ALLAH. Marah tu sebenarnya kita dah lupa Allah, bila kita ingat Allah barulah kita akan redha.


kalau nak awet muda cuba jangan marah selalu



3 comments:

Cik Akma said...

kene ikut step2 ni! ahaha :D

cimon said...

sabar dari kemarahan itu tanda kemenangan! (^v^)

farhana said...

cik akma - haha insyaAllah menjadi

cimon - betul tu!