November 6, 2010

Hanya kerana aku seorang wanita


Aku hargai diriku sebagai seorang wanita.. Sebab maruah aku sebagai seorang wanita ini sangat berat untuk dijaga.. Betullah kata Nabi Muhammad s.a.w. kaum wanita adalah yang lebih banyak memasuki api neraka berbanding kaum lelaki. Sebab tu banyak amanat yang aku kena jaga sebaik mungkin. InsyaAllah aku takkan mungkir janji. Sebagai contoh aku kena jaga tatasusila, jaga aurat wanita, jaga solat, jaga tingkah laku, jaga maruah diri dan jaga percakapan. Jangan biarkan diri ini mudah dihanyut oleh hawa nafsu serakah.


Nak cerita pasal hamba bernama lelaki. Lelaki sekarang nampak jer perempuan cantik mesti nak pikat dengan nafsu kuat. "Awak cantikla saya suka awak" "Awak suka saya sebab saya cantik jer kan, bukan sebab lain.." Nanti bila wanita itu dah tak lawa, mesti si lelaki tu nak tinggalkan perempuan itu dan cari yang lain. Nampak sangat susah nak cari lelaki yang betul2 tulus dengan kita. Sebab tu kalau nak cari teman lelaki bukannya macam pilih baju. Cari yang betul2.. Aku tak suka lelaki yang pandang luaran saja, tapi tak pandang dalaman.

Saya tahu saya tak cantik mana pun, saya wanita biasa, yang dianugerahkan oleh Allah supaya sentiasa beribadah kepadanya dan menjaga aurat sebaik mungkin supaya saya terhindar daripada melakukan segala kejahatan. Terutama sekali maksiat. Tapi saya tak tahu setakat mana iman yang saya ada sekarang ni. Semoga ALLAH melindungi aku daripada kejahatan dan mengekalkan keimanan. Ameenn.

Dah lama aku rasa serba salah bila keluar nampak punggung alhamdulillah sekarang ni aku dah kurangkan. lagipun aku memang tak suka keluar nampak punggung, nampak buah dada dan nampak body fit. Semoga sikap ini diteruskan.. Aku suka baju yang labuh dan besar.. Kalau boleh keluar nak jer setiap masa pakai jubah. Tapi apa kan daya, jubah ada sehelai jer.. sedih gile! huhuhu

Lagi satu make up.. Kenapa wanita perlu make up? Nak nampak cantik ke atau nak semua orang pandang dia dan mengatakan dia cantik. Aku tak suka make up! Ni memang aku. Sebab aku tak suka orang pandang aku lama2 dan buat muka gatal.. Kau nak kena tembak ngan aku ker, tengok2 dari tadi.. Rimas giler.. Aku tak suka jadi perhatian orang ramai dan tak suka jadi terkenal.. Tapi budak2 laki ni yang kata aku hot. Ohh tolongla.. Aku tak suka budak laki puji aku cantik depan2 mata, tapi belakang2 aku bolela. Asalkan aku tak dengar. Sebab aku takut perasaan riak akan muncul dalam diri aku.


Satu jer yang aku nak jadi, semoga diri aku ini sentiasa disayangi oleh Allah. S.W.T. dan pintu syurga di buka untukku suatu hari nanti. InsyaALLAH


6 comments:

twinkle twinkle said...

SOKONG,,sgt susa nk cr laki yg tulus :)

farhana said...

thnx ~

cimon said...

Ana,blog nie tetiba jek not responding + mengtakrespondkan www. yg lain...nape ek? sy tak dpt baca entry2 sjak ari Jumaat kot...if i'hv to download something to read this blog, pls let me know.

p/s:nasib dpt antar komen nie...dpt baca tajuk entry jek nie...(T_T)

farhana said...

huh yeke? rsenye xde pape yg prlu didownload utk bc ebtry saya

mksd awk blog sya ada prob ke?

cimon said...

hmm...

sy da boleyy msuk blog Fana...but dr opis...yg sy perasan firewall opis nih mcm da blok 4 items...so boleyy view blog Fana nie...dari rumah still xboleyy view (T_T)

anyway...nice entry (^v^)

p/s: mintak Allah percantikkan hati sesempurna wajah ciptaanNya, dikurniakan Hidayah & dilindungi oleh RahmatNya sentiasa (^v^)

farhana said...

haha sanggup sehh cimon

thnx!