August 15, 2010

Berbuka Puasa di pejabat

Salam and hai peeps. Semakin hari semakin kurang pengunjung ke blog ini,[bagus2] sebab aku dah bertukar nama address blogspot aku. Hurrayy!! Bermakna diorang x tahu blog aku. InsyaALLAH diorang tak tahu. Tapi sesiapa yang tahu itu dikira beruntungla. Sebab tak semua orang tahu blogspot ini.Hari ini kami sekeluarga berbuka puasa di pejabat ayah, Wisma Persekutuan.. sebab tadi ayah telefon, dia sorang-sorang kat sana..kesian pula ayah, jadi kami pon berbuka di pejabat ayah.

Hidangan untuk berbuka yang sangat ringkas daripada saya dan emak, hehe antaranya sayur kangkung, ikan bakar, ayam goreng dan cengkodok udang. Emmmm sedapnyaa cengkodok mak. Yumm2.. Tidak lupa juga kurma! Haha

Lepas berbuka tu solat la kan, apa lagi.. Ini adalah Al-Quran dan Hadis kesayanganku..

Ohh yaa sebelum terlupa, bersempena dengan bulan Ramdhan ni, kakak aku ada menjual kuih Almond London. Elehh tak minat aku ngan kuih tu.. Dah muakkk. Tapi bila aku bukak mulut dan rasa sendiri kuih itu.. perghhh sedapnyee. First time rasa Almond London yang begitu sedap sekali. Kalau boleh setiap hari aku nak makan ok.



Hehe kalau nak tahu, sekarang ni aku tengah menaip sambil makan kuih Almond. Sorry kak, nanti Ana bayar. Ehh jangan risau Ana bayar, kalau tak bayar cari Ana. Kalau rasa nak beli, belila.. untuk tempahan sila pergi ker FB dia = Syida A. fadillah. Selain membeli kuih ini, sambil beramal, sebab sebahagian daripada hasil jualan kuih ini akan didermakan kepada tabung kebajikan. Bagus betul.. Ehem2 mak mertua akak cida la tu tauke nya.. hihihi

2 comments:

cimon said...

bestnye abah awak sbb dtemankan family ketika berbuka pose d opis dgn lauk-pauk yg nampak sedap!!

sedap ke? hehe(^v^)

Bagusnye baca Quran time Ramadhan nie...anyway...renung2 kan & selamat beramal

hehe (^v^)

p/s:sy pernah buke pose makan agar2jek kat opis dgn dtemankan oleh nyonya (mana-jerr) sbb kene stayback (URGENT) kate si janda tua (diktator)

p/s/s:habis pahala pose mngumpat orang ari nie... (T_T)

farhana said...

ohh mstla sedp mskn sya.. haha klo da lapa sedp jer cik cimon

haha tula len kli jgn ngumpat2 k haha