August 10, 2010

Selamat Menyambut Bulan yang paling Mulia

Bulan Ramadhan tiba lagi, kini sudah tiba masanya aku untuk menyahut seruan Allah untuk berpuasa esok hari.. InsyaALLAH.. Ramadhan kali ini aku nak cuba baiki diri aku yang dah rapuh dek kerana nafsu kuat [nafsu makan]. Kali ini aku nak cuba solat terawih sebanyak mungkin, sebab takde alasan untuk aku tak buat solat sunat ini yang bukannya selalu ada. Aku bersyukur sangat2 sebab aku masih berpeluang untuk menyambut bulan Ramadhan ini dengan keluarga tercinta. Aku bersyukur kerana nyawaku dan nyawa keluargaku masih panjang dan kami masih dapat merasa bersahur bersama-sama, berpuasa bersama-sama dan berbuka bersama-sama. Alhamdulillah.. "Ya ALLAH Ya Tuhanku kau panjangkanlah umur aku dan umur keluargaku..agar dapat kami menambah pahala di bulan yang mulia ini"

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.


Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..


Bagi aku, bulan ramadhan adalah bulan pengampunan dosa. Jangan sia-siakannya k. Salam~

5 comments:

cimon said...

waalaikumsalam...

selamt berpose utk kamu juga!

moga ramadhan ini dilimpahi seribu rahmat dan keredhaan olehNya hingga ke akhir hayat kita. Amin

hehe(^v^)

farhana said...

thnx ya =)

Mohamad Fauzan Bin Mat Isa said...

Selamat berpuasa ye ana...

Jgn moody2 k :)

Bila nk shopping raya? nk join skali ..hehe ;)

Liquid said...

Selamat berpose =)
n semoga ramadhan kali ini membawa sepenuh keberkatan kpd kite ea...

~blogwalking~ lalalalala~

farhana said...

fauzan - thnx my bro
liquid - thnx yup