January 25, 2010

Rahsia Tarian Poco-Poco. Kristian ke?

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

Kataku:

Betul juga, kadang2 aku terpikir kenapa tarian ni ashik dalam konsep yang sama ajer. Pergerakan kaki pon lebih kurang sama jer. Tapi banyak kelebihan yang aku dapat daripada website iluvislam, nasib baik aku terbaca artikel ni. Dapatlah aku siarkan kat blog ni sebagai pengajaran dan peringatan untuk semua yang beragama Islam, PSS kawan2 aku kat kolej suka tarian ni, insyaALLAH aku akan bagi nasihat kat diorang supaya jangan terlalu mengikut tarian ni]

SUMBER:
www.iluvislam.com

9 comments:

joegrimjow said...

dlu slalu berpoco2 ni
skrg da kurang
mgkin sebab ni kot

farhana said...

yeke btol tu

r-mean said...

dari dlu sampai sekarang xde kata putus fatwa tntang tarian ni...
tapi sekarang ni dah jarang nampak xtvt tarian ni diadakan..alhamdulillah..

Fiq said...

i hate poco-poco coz im not gud in dancing=p

mamariesya said...

OMG...btl gak ek, x pernah terpikir sblm nie...nsb baik dh lme x berpoco2.thanx 4 de info...teruskan usaha tuk sharing knowledge.

farhana said...

r mean - mmg ptt dijarangkan aktivitinya dan dilabelkan haram kalau rasa ragu2 kan

fiq - haha ;D

mamariesya - ok sis.. hehe sama2

cimon said...

seriuss?

tp bukan ke poco2 johor diorg da blend skali ngan zapinnyer tarian?

msh consider haram ke?

(p/s:suke tgk orang menari jek)

farhana said...

ouh yeke i x taw plak cmtu skali

huhu x taw lagila haram ker x

;)

ShaFril said...

bru trpk ish2..