March 29, 2009

Jangan cemerlang SPM saja.

Lepas SPM aku nak blaja kat mane ek? yang pasti aku taknak sambung kat skola lagi la..coz taknak terikat dengan baju skola..HAHA.susah untuk korang nak masuk Universiti..especially budak2 SPM yang x pass Dalam SPM..fail dlm BM latu..haishh tak payah jadi rakyat Malysia la klo gagal dlm BM! tula..time cikgu mengajar taknak study BM btol2..[actly mara kat segelintir budak cina kelas aku!]..tapi bile cikgu ajar bab yang penting korang takde kat kelas..ponteng jer..!Aku baik ngan cikgu sebab tu aku slalu dapat A dlm BM..eh aku bukan bodek cikgu eh..jangan misunderstood kat aku.hehe

Tapi pelajar cemerlang yg dapat 20 A tu [Nik Nur Madihah]..rahsianya adalah kebiasaannya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis..puasa sunat tu..banyak pahala die da buat..tapi ada segelintir masyarakat yang memandang serong iaitu daripada manusia yang bertuhan akal(mereka adalah golongan sekular) yang sering mendakwa puasa boleh membantut prestasi pelajaran dan sering nampak keletihan.

"Tudung labuhnya tidak menutup mindanya daripada cerdas sebagaimana anggapan dan tuduhan sebahagian wanita moden yang membenci pakaian Islam ini."
"Beliau tidak perlukan 'skirt' pendek bagi menampakkan kecekapan mindanya.."

"Ada segelintir pelajar yang tewas dan jatuh terjelepok kedushh! ketika di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). HEHE. Puncanya sangat pelbagai namun asasnya adalah akibat lemah jati diri hingga 'cair' dengan alam IPT yang lebih bebas berbanding sekolah. IPT adalah satu alam permulaan yang banyak menguji proses kebijaksanaan seseorang dalam menentukan hala tuju kehidupan dan ujian untuk membuat pelbagai keputusan kehidupan."

"Ramai juga pelajar cemerlang yang gagal,lalu kejayaan SPM mereka hanya tinggal kenangan manis. Selepas keluar dari IPT, mereka bukan lagi individu teladan dan kebanggaan agama serta negara,sebaliknya jadi orang biasa, malah mungkin duduk juga sebaris dengan yang gagal dalam SPM. Tanpa mengira lokasi IPT, sama ada di dalam atau di luar negara, pokok pangkalnya kejayaan adalah terletak pada hati dan diri sendiri. Ramai berbangga apabila dapat melanjutkan pelajaran Ijazah pertama di luar negara, namun pulangnya tidak seperti manusia.. Rambut dah berkarat 'bak paip yang dah berkarat warnanya' [bukan simpulan bahasa aw.],
pakaiannya berkiblatkan Barat, hati dan minda menggenggam erat ideologi Barat, percampuran bebas dianggap bertamadun,lelaki duduk serumah dengan perempuan bujang dianggap bagus serta jimat.-jimat masa & tenaga.HEE. Ramai pelajar penampilannya menyamai Barat."

"Kasihan melihat pelajar cemerlang SPM seperti itu. Mereka dibiayai olek kerajaan Malaysia.."
bukan Pas taw juga bukan daripada PKR yang tanggung pembiayaan mereka, tapi kerajaan juga..ngeee~

"Wang semua tu hasil daripada wang masyarakat Malaysia juga. Namun rupa-rupanya akal mereka hanya bijak menjawab soalan peperiksaan, tetapi tidak bijak menangni persoalan kehidupan realiti, tidak bijak membuat keputusan mungkin kerana tiada 'sibilus khusus yang dibocorkan oleh guru'. KEGAGALAN INI ADALAH AKIBAT DARIPADA HATI YANG GERSANG DAN KERING DARIPADA PANDUAN ILAHI.

Semakin banyak dan pelbagai masalah yang menyerang ketika di IPT lalu dia mampu melepasinya, kian tinggilah antibodi diri. Lebih daripada itu andalah cahaya kebangkitan agam dan pengemudi hala tuju masyarakat."

Tula ade seorang hamba Allah ni..iaitu kawan kepada kakak aku, dapat peluang melanjutkan pelajarn ke luar negeri tapi masyallah rupa die da berubah..aku tengok dah macam mat salleh bukannye macam rupa orang melayu sejati! pakaian ikut cara Barat, rambut da jadi perang..dah tak nampak dah sehelai rambut berwarna hitam..Tula manusia ni cepat berubah pegangan dan pendirian hidup.
'Hidup tanpa pegangan agama ibarat buih yang akan pecah pada bila2 masa saja'

Aku bersemangat gyle nak dapatkan gred purata 3.0 ke atas, untuk markah semester pengajian dalam Universiti atau kolej ni..eh tak pon gred purata 2.0 la..INGAT WALAUPON keputusan UPSR,PMR atau SPM ANDA tak cemerlang tapi masih ade banyak lagi peluang kat luar sana tu untuk membuktikan yang anda juga bole cemerlang..kalau UPSR tak bagus, cuba wat yang bersungguh-sungguh untuk PMR..kalau PMR anda tak bagus buat plak yang terbaik untuk SPM..dimana ada kemahuan disutu ada jalannya...
wah cara aku cakap macam nak buat karangan time SPM plak..yang telah membuatkan diri aku berserabut sampai tahap maksima,haha~
gambar caton budak2 skola

Time Kasih kerana sudi membaca sampai habes..appreciate it..baca jangan tak baca

28 comments:

adi azli said...

entry yang betul2 mendalam maksudnya..hope bole jd pedoman sume...slmt menempuh alam pembelajaran yang baru nnt

farhana said...

thnx..:)
eh congrate u adalah org pertama yg komen entry i yg panjang lebar ni!
bagus2 u ade sifat prihatin kat entry i ni..:)
haha

.chocolatevanilla. said...

heee yupbtul tuh dear.
harap boleh dijadikan panduan kelak.
untuk dri i lah kan haha:)

farahin said...

u are rite dear!
BAGUS ENTRY NI..
kompon dapat A klo wat karangan macamni..
haha :D

a little less conversation said...

SPM xde mende sgt pn..skadar pintu pagar je nk sambung blaja..haha

p/s: skang blaja saja utk dpt 3.0 ke atas pn xleh kemana..yg penting blaja utk masa dpn bkn utk exam..think d future after grad--->Job opportunity

farhana said...

chocolatevanilla
yes my dear :)

farahin
haha ciplak daripada paper skit..
sebabtu nampak macam karangan panjang
gahahaha~
xD

a little less conversation
ouh yeke? KLO CAMTU i target 1.0 la..
ley tak..
haha i mne taw sngt gret2 kat Universiti ni..
klo point 2.0 tu sis i cakap pon da kire bagus..:)

a little less conversation said...

haha..klau target 1.0 tu dh buang tebiat..tebiat nk kene reject from hell..haha

2.8 to 3.4 pn dh kire ok..xyah pulun sgt..huhu..tu pointer yg slalu di consider oleh mne2 kompeni..ye ye je aku ni...haha

p/s: klau ble..pilih course yg de pluang keja yg byk..x kisah r course 2 ssh sket..hehe

farhana said...

ouh yeke..hahahahahaha lagila bengap i ni nak sampai point 1.0 plak!
COWI TAK TAW PUNYE PASAL LA NI..x)

a little less conversation said...

haha..xpe2..skang dh tau..pasni xde dh r bengap..ngee

btw gud luck 4 ur further study n future.. =]

Dota Melayu said...

ape motif gambo kartun dengan rahsia kejayaan dan kecemerlangan yang sejati??

lalala~

saje je nak timbulkan provokasi disini..
hahaha..

balik kepada topik:

macam ini je farhana, konsepnya mudah..
ilmu senang masuk kalau hati bersih dan akal digunakan kearah kebaikan..

itu sahaja..
=)

cik manis said...

betul2
cmrlang mse spm x jnjikan ape2
nnt bler dh msuk univ, smue dh same level je.
btw, gd luck k :)

taQi said...

all de best in whatever yuo do..may Allah bless U. =)

Anonymous said...

yes thats true. aku setuju deh sama kmu. my sis pon ckp bdk bdk yg dpt 10A tuh belum tntu cemerlang kat universiti, spm tu just a platform too choose ur own future but if cemerlang kat spm doesnt mean cmrlg kat uni. bcause kdg kdg diorg neh pk mcm dah pndai so xpyh belaja confirm boleh score. i dont say tht i'm tht intelligent but thats the fact. think about it;)

amir acap said...

em btol2...sokon2..
jgn la hanye cmerlang dlm spm saje eyh...
kpade yg bakal mngmbil spm taon ni, gud luck n relax..
ahah..

farhana said...

a little less conversation
wah ayat tak bole bla la..haha x)
ye2 mmg saya bengap..
sikit jer..ngeee~ ;p

farhana said...

~syaquost~
hehe gambar katon tu saje2 jer letak..
nak menyedapkan mata bile membaca
comel kan? hehe
a'ah klo ati bersih sume jadi..insyallah

~cik manis~
a'ah btol..
hehe thnx sis comel :)

taqi
thnx my prend
insyallah i berjaya..

adah
my dear! lame tak borak ngan u..
haha mish u too..:)
yup btol3..i sokong u ckp camtu :)

amir acap
ahaa bukannye mau wish shama saya
x)
u nehh..

undrgnd said...

pergh..
letey bace..
pnjg2.huhu

paktam@jengka said...

salam..

tak salah selalu pandang ke belakang untuk cari pdoman dan pngajaran..nak tak salah juga kalo selalu pndang ke hadapan untuk melihat apa-apa yang bakal berlaku..

sudah ramai anak Melayu yang hanyut dgn dunia, lupa asal-usul di mana datangnya..ape yang u cter dalan entri ni sama yg berlaku di dunia universiti trmasuk di UM ni..

kawan2 skmpung sy di Pahang yang msuk UM ni, totally berubah.dgn baju ketatnya, brkepit dgn bf la, hu ha sana, hu ha sini.. kadang2 segan nak mengaku yg die tu bekas classmate..

bila balik kampung, elok je pakai tudung..yang sedihnya, kesian kat mak bapak die, pukul canang seluruh kampung "..anak aku masuk UM"... kalo la ayang di e terserempak dgn die kat KL ni..Ya Allah..tak tau la..

Astaghfirullah al azim..

paktam@jengka said...

salam pembetulan..

kat perenggan akhir tu..

"..bila balik kampung, elok je pakai tudung..yang sedihnya, kesian kat mak bapak die, pukul canang seluruh kampung "..anak aku masuk UM"... kalo la AYAH die terserempak dgn die kat KL ni..Ya Allah..tak tau la.."

sori salah taip..heheh

farhana said...

undrgnd
biar letih asalkan ade pengajaran
haha

paktam@jengka
'hu ha sana,hu ha sini'..tu org melatah ke org ketawa?
haha u ckp pandailah...
bagus2..mmg ade ciri2 seorg siswazah berjaya..
x)

heee takpe2 klo silap..

fezaL Mohd said...

kata2 anda membuka minda ak lar.
betui tu

ak sokong.

farhana said...

tahniah anda org petame yg cakap begitu

hehe tbe2 je aku ni..=p

nadeshiko said...

itu dia, pelajar handalan telah menghasilkan entry panas lagi hot!
hahaha, salam perkenalan..
entry nie baguss la..
gue salute la u fahana bebeh! xDD

Anna said...

N3 ni bgs la.
btol2 sokong pa yg u tulis ni,
x smstinya org yg x brjya dlm SPM x leh brjaya d kemudian hari.
jgn hnya nak berjaya dlm spm jek kn.
:)

farhana said...

nadeshiko
aha thnx dear =)
mmg pon hot syg..ngeee~

farhana said...

anna :)
a'ah tula babe jgn cemerlang di SPM saja kan..huhu
thnx dear!! :D

azalia hjsalleh said...

suka nie

farhana said...

eheh..thnx..:)