Sebab apa berani2 kecut? sebab dia tak berani letak nama dia dan gambar dia. saya cabar setiap anonymouse yg nak komen di blog saya harus letak nama dan gambar. kalau ada blog komen melalui blog saja. Mari kita dengar cerita dia..
"Ehem, Gambar Muslimahkah Itu?"
JUM, 26 NOV 2010 20:51 |
(waaaa komen pedas, aku tak cakap pun aku ni muslimah, aku ni tak sempurna langsung sebab tu aku cakap aku ni bukan muslimah)
Terkadang bila melayari facebook dan weblog rakan-rakan, saya merasa hairan melihat sesetengah facebook dan weblog muslimah yang bertudung dan yang menutup aurat; mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.
Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda wahai muslimah sekalian, namun sayangnya anda terlupa bahawa gambar yang anda letak itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu yang enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ia ditutup dari pandangan umum?
(Boleh saya tau jenis fitnah apa yang kamu katakan. saya nak belajar dari kamu ni betul2. tak tipu)
Muslimahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya.
Dikalangan mereka, ada yang bagus; yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."
Hati Yang Sakit Bertambah Sakit.. Kasihanilah Masyarakat..
Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku, kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih pantas; sesegera mee segera.
Alangkah malangnya andai wajah-wajah yang terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki. Lelaki yang mantap imannya akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda... untuk menikahi anda tidak mengapa, tetapi jika sekadar mahu memuaskan nafsu?
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin ia juga fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi dan dengan perkongsian itu, secara tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, berhati-hatilah!
Jalan Penyelesaian?
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.
(Maksud anda, wanita saja kah yg harus selesaikannya? Lelaki tak perlu? Memangla wanita pun kene jaga, tetapi lelaki pun harus jaga pandangan mereka dari wanita cantik. senang jer caranya, jangan bukak langsung fb dan blog si pemilik wanita cantik. habes citer)
Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Adakah memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
(Berdosa ke paparkan gambar tuan blog di sini? Macam mana ustazah yang memaparkan wajah mereka besar2 di kaca TV, itu pun dikira tak menutup pandangan orang terhadap mereka ke? Tetapi kerja mereka untuk menyampaikan ajaran Islam sangat mulia, tapi mereka memaparkan wajah mereka di khalayak orang ramai tu salah ker?)
(tak sama ker, kalau saya jalan2 kat luar tu orang lain nampak juga muka saya tak dapat juga nak menutup pandangan terhadap saya, walaupun saya tak make up orang lain tetap memandang wajah saya. macam mana tu?)
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan perkongsian atau posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar kepada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda adalah anugerah Allah SWT.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------
(wahai anonymous) - time kasih saya mmg berfikirn terbuka dan sedia terima apa2 komen dri cik yg x diundang. sebenarnya saya memang tertunggu-tunggu komen yg panjang lebar dri cik tak diundang supaya semua orang dapat membacanya! time kasih!
saya mmg sengaja letak gmbr mcm gitu supaya ada org berani tampil mmberi komen yg pedas2. sya x kesah mke sya x lawa, ada jerawat ke ada bintik itam ble diupload di sni..sbb sya sedia trima cabarn komen dri cik x diundang.
knp x ltk nme wahai anonymouse? bole sya brkenalan dgn awk..tkkn awk pengecut xnk letk nme dan gmbr kot..klo awk ade blog apa kte awk komen melalui blog awk sja..sya x kesah awk sebenarnya teman saya ker atau teman2 fb.
memang setiap orang ada hak nak upload gambar banyak2 kat blog diorang lagi2
sebagai contoh mereka yang kerja freelance model tu, mmg nak cari makan kan untuk jadi model. ni pendapat saya sendiri dalam blog, memang kecantikan tak perlu ditayangkan kepada orang ramai, tetapi kalau dah kerja dia dok jumpa orang ramai setiap hari macam mana nak tutup kecantikan tu?
mcm saya keje STN memang tiap2 hari jumpa pesakit saya. memang saya kene tunjukkan kekemasan dan kecantikan pada mereka supaya mereka cepat sembuh. tak semestinya misi muka cantik pesakit akan cepat sembuh, tapi seelok-eloknya kita kenela tunjuk muka yang manis dan senyum terhadap mereka, barulah mereka boleh cepat sembuh. kalau tunjuk muka masam dan muka selebet, diorang nak datang lagi ker hospital kita. mesti tak..
cuba la tengok blog saya ni, saya jarang letak gambar lawa banyak2 sebab saya tak suka tunjuk sangat. walaupun dalam laptop saya ada gambar berjuta-juta million lemon tapi saya tak suka upload bebanyak. cukupla satu gambar jer kat tepi tu dengan gambar teman baik saya.
macam mana nak hijab kecantikan kalau muka dah lawa( bukan saya). Itu anugerah Allah kan. selain berhijab dengan memakai tudung saja, adakah itu dah memadai untuk hijab kecantikan wanita?
Kalaula saya ni seorang pentahfiz al-Quran kan bagus hidup ini.
time kasih la sebab sudi memberi komen walaupun awak takut nak letak nama awak. (mmg sengaja nak cabar cik anonymouse letak nama dan gambar sekali supaya saya boleh kenal dia ni). mungkin entry kali ni agak pedas dan panas tapi saya suka untuk dikongsi bersama para pembaca. bukannya selalu saya ada entry panas2 ni.
Mohan maaf dan ampun sekiranya ada terkasar bahasa di sini. hamba mintak diri dulu.