August 4, 2011

Wahai cik anonymous yang berani2 kecut

Sebab apa berani2 kecut? sebab dia tak berani letak nama dia dan gambar dia. saya cabar setiap anonymouse yg nak komen di blog saya harus letak nama dan gambar. kalau ada blog komen melalui blog saja. Mari kita dengar cerita dia..

"Ehem, Gambar Muslimahkah Itu?"
JUM, 26 NOV 2010 20:51 |
(waaaa komen pedas, aku tak cakap pun aku ni muslimah, aku ni tak sempurna langsung sebab tu aku cakap aku ni bukan muslimah)

Terkadang bila melayari facebook dan weblog rakan-rakan, saya merasa hairan melihat sesetengah facebook dan weblog muslimah yang bertudung dan yang menutup aurat; mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda wahai muslimah sekalian, namun sayangnya anda terlupa bahawa gambar yang anda letak itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu yang enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ia ditutup dari pandangan umum?
(Boleh saya tau jenis fitnah apa yang kamu katakan. saya nak belajar dari kamu ni betul2. tak tipu)

Muslimahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya.

Dikalangan mereka, ada yang bagus; yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."

Hati Yang Sakit Bertambah Sakit.. Kasihanilah Masyarakat..

Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku, kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih pantas; sesegera mee segera.

Alangkah malangnya andai wajah-wajah yang terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki. Lelaki yang mantap imannya akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda... untuk menikahi anda tidak mengapa, tetapi jika sekadar mahu memuaskan nafsu?

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin ia juga fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi dan dengan perkongsian itu, secara tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, berhati-hatilah!

Jalan Penyelesaian?

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

(Maksud anda, wanita saja kah yg harus selesaikannya? Lelaki tak perlu? Memangla wanita pun kene jaga, tetapi lelaki pun harus jaga pandangan mereka dari wanita cantik. senang jer caranya, jangan bukak langsung fb dan blog si pemilik wanita cantik. habes citer)

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Adakah memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

(Berdosa ke paparkan gambar tuan blog di sini? Macam mana ustazah yang memaparkan wajah mereka besar2 di kaca TV, itu pun dikira tak menutup pandangan orang terhadap mereka ke? Tetapi kerja mereka untuk menyampaikan ajaran Islam sangat mulia, tapi mereka memaparkan wajah mereka di khalayak orang ramai tu salah ker?)

(tak sama ker, kalau saya jalan2 kat luar tu orang lain nampak juga muka saya tak dapat juga nak menutup pandangan terhadap saya, walaupun saya tak make up orang lain tetap memandang wajah saya. macam mana tu?)

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan perkongsian atau posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar kepada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda adalah anugerah Allah SWT.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

-------------------------------------------------------------------------------------
(wahai anonymous) - time kasih saya mmg berfikirn terbuka dan sedia terima apa2 komen dri cik yg x diundang. sebenarnya saya memang tertunggu-tunggu komen yg panjang lebar dri cik tak diundang supaya semua orang dapat membacanya! time kasih!

saya mmg sengaja letak gmbr mcm gitu supaya ada org berani tampil mmberi komen yg pedas2. sya x kesah mke sya x lawa, ada jerawat ke ada bintik itam ble diupload di sni..sbb sya sedia trima cabarn komen dri cik x diundang.

knp x ltk nme wahai anonymouse? bole sya brkenalan dgn awk..tkkn awk pengecut xnk letk nme dan gmbr kot..klo awk ade blog apa kte awk komen melalui blog awk sja..sya x kesah awk sebenarnya teman saya ker atau teman2 fb.

memang setiap orang ada hak nak upload gambar banyak2 kat blog diorang lagi2 sebagai contoh mereka yang kerja freelance model tu, mmg nak cari makan kan untuk jadi model. ni pendapat saya sendiri dalam blog, memang kecantikan tak perlu ditayangkan kepada orang ramai, tetapi kalau dah kerja dia dok jumpa orang ramai setiap hari macam mana nak tutup kecantikan tu?

mcm saya keje STN memang tiap2 hari jumpa pesakit saya. memang saya kene tunjukkan kekemasan dan kecantikan pada mereka supaya mereka cepat sembuh. tak semestinya misi muka cantik pesakit akan cepat sembuh, tapi seelok-eloknya kita kenela tunjuk muka yang manis dan senyum terhadap mereka, barulah mereka boleh cepat sembuh. kalau tunjuk muka masam dan muka selebet, diorang nak datang lagi ker hospital kita. mesti tak..

cuba la tengok blog saya ni, saya jarang letak gambar lawa banyak2 sebab saya tak suka tunjuk sangat. walaupun dalam laptop saya ada gambar berjuta-juta million lemon tapi saya tak suka upload bebanyak. cukupla satu gambar jer kat tepi tu dengan gambar teman baik saya.

macam mana nak hijab kecantikan kalau muka dah lawa( bukan saya). Itu anugerah Allah kan. selain berhijab dengan memakai tudung saja, adakah itu dah memadai untuk hijab kecantikan wanita?

Kalaula saya ni seorang pentahfiz al-Quran kan bagus hidup ini.

time kasih la sebab sudi memberi komen walaupun awak takut nak letak nama awak. (mmg sengaja nak cabar cik anonymouse letak nama dan gambar sekali supaya saya boleh kenal dia ni). mungkin entry kali ni agak pedas dan panas tapi saya suka untuk dikongsi bersama para pembaca. bukannya selalu saya ada entry panas2 ni.

Mohan maaf dan ampun sekiranya ada terkasar bahasa di sini. hamba mintak diri dulu.

19 comments:

saya_arief said...

ni bukan anonymous yang hacker tu kan..
anonymous yang macam ni penyeri dunia blog..
hahaha..ramai jugak blogger yang kene serang ngan anonymous.
:D

farhana said...

haha is okey =)
nasib baik saya dah ley terima komen pedas2

shazleenhairuddins said...

terbaiklah awk mmbalasnye ^^

farhana said...

orang dah serang saya takkan saya tak ley serang dia kan? tol x syg..tpi serg secra baik2 la kan..klo ganas2 lgi la mengamuk dia..

e k i n . said...

Fuuuu, first time tengok anon yang rajin tulis panjang2. Menusuk dikalbu~ Haha. Btw, cayalah farhanah jawab balik, 1st time ke kena?

ubaidillah zulkefli said...

salam....cik farhana..
saye bukan anonymous yek.. :)
rasenye yg cik anonymous post tuh daripada iluvislam.com rite??
rasenyelakan org yg bg post tuh tujuan dye utk bg peringatan jek..bknnye nk mengundang kemarahan sspe..tp tuh terpulanglah kepada pembaca post tuh samaade nk bce post tuh dlm erti sindiran or peringatan..
saye xde la pandai pon dlm bab2 nk hijabkan kecantikan ni tp dri pandangan seorg yg waras kcantikan tuh dilihat berdasarkan kecantikan penciptaNYA. manusia diciptakan sebaik2 kejadian. kecantikan yg diciptakan sbnrnye adlh utk mengingati penciptaNYA.
ni sekdar perkongsian drpd sy yg kurang arif ni..
maaf post pnjang2 ni..bkn berniat nk lwn anonymous.
salam ramadhan ~

-ubaidillah zulkefli

farhana said...

ekin - second time kot..

farhana said...

cik ubai ke anonymouse tu??

ubaidillah zulkefli said...

LOL...bkn lerr..
xpernah kot gne anonymouse haha
identiti tuh penting brani tulis brani tanggung la ...ke camne?
:)

farhana said...

ouh klo awk yg anonymouse tu sya x mara la haha :)
hmm smpai skrg sya x kenal spe cik anonymouse tu

ubaidillah zulkefli said...

xde la..insyaAllah nnti cik anonymous tuh memperkenalkan diri dye.
always think positive okeh my prenn.ukhwah terpaut ramadhan disambut barokah terwujud.
:p

Anonymous said...

nme sy anony.. xde blog + google id deh.. sje ske2 mnyebuk.. tp bkn anonymous tuh.. hi..

nk bg pandangan.. x sokong spe2..
tapi notes tu mmg dri i luv islam..
bukannye dy taip pun..
klau x cye g search i luv islam, 'ehem..gambar muslimah kah itu'..

'...(Boleh saya tau jenis fitnah apa yang kamu katakan. saya nak belajar dari kamu ni betul2. tak tipu)..'
nabi sendiri ckp, umat akhir zaman nanti, fitnah yg terbesar adalah wanita.. xkn kt nk nafikan..

Wajah wanita adalah sebesar-besar FITNAH yang mengundang pelbagai maksiat dan dosa.Lagipun wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki.Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita … .”(QS. Ali Imran : 14)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda : “Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”


Sabda RASULULLAH S.A.W.;Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)

Pakai tudung atau pakai niqob juga tidak perlulah dipaparkan untuk tontonan umum. Jika benar niat kita pakai untuk Allah maka kenapa ingin pula dipaparkan pada lelaki bukan mahram? Cukuplah diletakkan gambar2 masjid atau gambar2 lain, tidak perlu paparkan kejelitaan yang kita ada ini pada bukan mahram.


Ada yang memberi alasan bahawa dipaparkan gambar dengan niat untuk kawan2 lama kenal. Maka jawabnya tidak semestinya dengan memaparkan gambar maka kawan2 lama akan kenal, mungkin ada banyak lagi prkara lain yg boleh dibuat supaya orang kenal umpamanya melalui tulisan dan sebagainya, ini semua alasan semata-mata untuk membenarkan apa yang kita buat.


Wallahu’alam..

jgn cepat melenting.. yg penting isi yg ingin disampaikan cik anonymous tu brgkali..

mungkin ini cara dia nsihat menasihati.. klau tahu nama pun,tp nsihat itu di ambil endah x endah pun x berguna jg..

wallAllahualam..

dari hamba Allah yg hina & masih belajar mmperbetulkan kesilapan..

farhana said...

kalau mcm gitu apa kata kalau awk sebarkn komen ini kpd semua blogger wanita di luar sana? tkkn sya sorg jer kene? ohh jdi mksud kmu fitnah wanita adalh kecantikan wanita la yer?

ok tima kasih ats jwpn kamu..

ella peace said...

huhuu..... wat ever lah.. yg pentng kite jaga diri kite sendiri... yg baik ambil sebagai tauladn yg buruk jadikan pengajarn... baik buruk semua terletk pada tngn kita sendiri.. da beso kan dah leh pikr sendiri ler...

Kadok said...

ini semua pemikiran jumud, tidak terbuka.muka bukan aurat.tak perlu takut.buang masa melayan kerenah mereka.

farhana said...

ella - thnks ella! love you =)

farhana said...

thnkx cik kadok! =)
cme sya rse sebagai umat islam ada benda yg betol dn ada bnda yg tidak betol..asalkn tak langgar hukum Allah sudah

Kadok said...

jika kita nak bicara soal praktikal amalan ibadah kita sehari2, sudah tentu tidak pernah selari dgn individu laen. islam mengajak kita sebolehnya mengelak perkara khilaf supaya tidak mengacau pahala amalan kita.yang diutamakan itu ikhlas.bina keyakinan kpd allah, pasti akan berterusan amalan itu.

insyaallah cik farhana akn lebih kuat pd masa akn dtg ;)

farhana said...

TQ! =)