July 13, 2012

Intisari mengenai ujian daripada ALLAH


Semua orang takkan terlepas dari merasai ujian yang Allah S.W.T. berikan kepada kita. Tidak kira besar atau kecil sesuatu ujian itu semuanya datang dari Allah dan Dia maha merancang di atas segala-galanya. Aku percaya sekarang ini aku dah merasa ujian dan dugaan dari Allah. Aku bersyukur dengan dugaan itu walaupun ianya merupakan berita yang agak sedih bagi aku. Tapi aku terima dengan tabahnya.


Aku percaya dengan rezeki yang ALLAH dah berikan pada aku. Mungkin rezeki aku bukan sekarang, tapi kemudian. Aku sebagai hamba Allah yang lemah ini tak mampu nak berbuat apa-apa melainkan hanya mampu untuk terus berdoa sahaja. Setiap ujian yang aku terima ini pasti akan ditemani dengan titisan air mata dan doa kepada Allah.




InsyaALLAH pasti ada berita gembira untuk aku sekiranya aku bersabar dengan ujian Allah sekarang ini. Buktinya "Allah hadiahkan pelangi selepas turunnya kilat".


“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah at-Taghabun, 64: 11)


Sebagai umat Islam yang beriman, pertamanya, kita amat dituntut untuk bersabar dalam apa jua perkara yang berlaku dan terjadi terhadap diri kita. Dalam hal ini, Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun” (Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya lah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, 2: 155-157)


Dalam suatu hadis menyatakan bahawa orang-orang yang beriman itu sikapnya sentiasa bersyukur apabila berlaku sesuatu yang yang menggembirakannya, manakala sebaliknya, dia juga sentiasa bersabar bila mana terjadi perkara yang mengakibatkan kesusahan kepadanya.


Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (maksudnya),

“Sungguh menakjubkan dalam urusan orang-orang yang beriman, sesungguhnya semua urusannya merupakan kebaikan, dan hal ini tidak terjadi kecuali bagi mereka yang beriman. Jika dia mendapat kegembiraan, maka dia bersyukur dan itu merupakan kebaikan baginya, dan jika mendapat kesusahan, maka dia bersabar dan ini merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999)
Malah, Allah sendiri memberi motivasi bagi mereka yang bersabar iaitu dengan menjanjikan berita yang menggembirakan kepada mereka dalam setiap ujian yang diterimanya."

Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.

Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.


Pelbagai Ujian Sebagai Bukti Kasih Sayang Allah Kepada Hambanya

Dalam hal ini, Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (maksudnya),

“Sesungguhnya besarnya ganjaran (pahala) bersamaan dengan besarnya ujian (bala’). Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, Dia menurunkan ujian (bala’). Maka sesiapa yang redha maka dia mendapat keredhaan (Allah) dan sesiapa yang marah maka dia mendapat kemurkaan (Allah).” (Rujuk: Sahih Sunan at-Tirmidzi, Kitab al-Zuhud, hadis no. 2396. Hasan menurut Syaikh al-Albani, no. 146, di dalam Silsilah al-Ahaadis ash-Shahihah)

Ujian Dan Musibah Menghapuskan Dosa Orang Yang Beriman

Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (maksudnya),

“Tidaklah menimpa seseorang yang beriman itu mengalami rasa sakit yang berpanjangan, kepayahan, penyakit dan juga kesedihan, bahkan sehinggakan kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2573)

Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kesusahan, kepayahan, kesakitan, dan juga kesedihan akan menjadi suatu medan penghapus kepada dosa-dosa yang ada padanya. Apa yang tersebut adalah menunjukkan betapa sifat Maha Kasih-sayang Allah subhanahu wa Ta’ala terhadap hamba-hambanya.

Ujian Sebagai Jalan Menuju Syurga

Dalam suatu hadis sahih bahawa Syurga itu diperolehi antaranya dengan jalan yang berliku dan perkara-perkara yang tidak disenangi. Manakala neraka itu jalannya dipenuhi dengan pelbagai macam kehendak dan keperluan yang memenuhi nafsu serta syahwat.



Selain itu, Allah subhanahu wa Ta’ala juga menyatakan bahawa bagi orang-orang yang sabar dalam menghadapi pelbagai kesusahan dan kepayahan dalam kehidupannya adalah ganjaran Syurga. Allah memberi ganjaran Syurga kepada hamba-hambanya yang sentiasa memiliki sifat redha, sabar dan tabah dalam setiap ujian yang diberikan kepadanya.

Dalam satu hadis Qudsi, Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Tidaklah ada suatu balasan dari sisi-Ku bagi hamba-Ku yang beriman, jika Aku telah mencabut nyawa orang kesayangan-nya dari penduduk dunia kemudian dia bersabar atas kehilangan orang kesayangannya itu melainkan Syurga (sebagai balasan – ed.).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, rujuk: Fathul Bari, 10/242)


Last but not least di antara kepentingan bersabar ialah: Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T., Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita, Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah, Mendapat berkat daripada Allah S.W.T. dan Selamat dari gangguan mental dan emosi.


Thanks for reading. :)

2 comments:

cimon said...

A right post at a right time. Sjuk sikit hati nie. Tq3 (^_^)

c u m u h a m a said...

Assalamualaikum :)

Maaf mengganggu . Nak minta tolong sikit boleh ?

Minta tolong LIKE page n gambar nih . Kalo sudi share & promot skali la naa . Mohon kerjasama awak & rakan blogger sekalian. 1 LIKE mampu membuat ibu & anaknya tersenyum bahagia. Terima kasih ,Jasa anda amat dihargai :)

1. LIKE this page , https://www.facebook.com/Mumnbabycom


2. LIKE this photo , https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344849685583802&set=a.332350763500361.70545.111646315570808&type=1&theater&notif_t=photo_comment_tagged


TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2012