January 8, 2012

Penilaian diri sendiri

Aku pasrah dengan segala ketentuan Allah. Allah beri tu aku terima, Allah beri ni, aku terima. Tapi aku tertanya-tanya, kenapa orang yg tak taat pada perintah Allah selalu dapat kebahagiaan hidup di dunia? Dan orang yang sentiasa taat pada perintah Allah sentiasa dapat ujian daripada Allah.

Hanya Allah saja yang tahu apa yang aku nak di dunia ini. Allah saja yang tahu penawar untuk kesedihan aku ni.

Kalaulah aku tak perlu hadapi lagi ujian hidup di dunia ini kan bagus. Sentiasa hidup bahagia, dan bahagia selamanya =) Bahagialah yang dapat buat aku muda setiap hari. Sentiasa senyum dan gembira.

Tak perlu ada kesedihan dan kesakitan lagi. Alangkah bagusnya hidup aku seperti itu.

Aku cemburu melihat mereka bahagia. Walaupun mereka tak ada kekayaan. Meskipun oran itu tak taat pada perintah Allah tapi sentiasa bahagia. Hmmm...Aku cuma berdoa orang2 sebegini akan berubah secepat mungkin.

"Orang yang beriman dan soleh, tempatkanlah aku di dalam golongan itu Ya Allah. Amin.." Biarlah aku tak berapa berjaya di dunia ini, tapi aku harap aku dapat jadi orang2 yang beriman di sisi Allah.

Biarlah aku tak jadi pelajar cemerlang, tapi aku harap aku dapat jadi orang2 yang soleh di sisi Allah.

Pernah suatu hari aku fikir tentang perkara bodoh, tapi Allah sentiasa dengan aku. Allah selamatkan aku dari berfikiran sebegitu. Aku terfikir macam mana dengan ibu bapa aku? Mesti diorang sedih dan aku rasa ia takkan membawa apa2 keuntungan pun untuk aku. Menambahkan kesedihan ibu bapa aku adalah.

Kalau aku terlalu "down", aku akan fikirkan ibu bapa aku. Mesti aku akan terus menangis.

Ohh yaa sekarang ni aku dah cuba untuk menyayangi binatang2 kecik macam serangga dan semut. Kesian mereka sebab mereka pun hamba Allah juga. Tapi cicak!!! Aku tak boleh bagi muka kat cicak. Entahlah firasat aku, cicak tu jahat. Ada siapa entah cakap boleeh bunuh cicak (yeyeeey) dapat pahala lagi2 malam jumaat.

Sampai di sini sahaja, tamat~


Truely,
Nurfarhanah Bt. A. Fadillah

2 comments:

Rtp Farra Arisha said...

dunia sebenarnya tidak layak digelar dunia jika tidak wujudnya pancaroba yang mencabar seluruh isi alam semesta. emm, hopefully you can deal yours well. all best to you.

cimon said...

Tetiba teringat salahsatu doaku selepas solat "Ya Allah! Masukkanlah aku dlm golongan yang sedikit" , yakni golongan orang2 yg bersyukur.

moga Fana mendpt manfaat drpd-nya.(^v^)