December 17, 2011

Entry campur rindu dan kawan

Baiklah acap kali kita akan menyebut perkataan rindu. Apa sebenarnya perasaan rindu itu pada kita? Bagi aku rindu tu ada dua maksud, yakni rindu kepada manusia atau rindu kepada Tuhan. Kita ni manusia biasa pun ada naluri masing2. Dah jadi lumrah hidup manusia la ada perasaan rindu kat seseorang tu. Macam aku ni, tengah rindu kat seseorang iaitu Family aku.

Kadang2 terlalu rindu pun boleh menyebabkan keluar air mata. Meleleh plak..emo la senang cerita. Sebab apa ek? Itu petanda apa ek? Misalnya, rindu kepada Allah, ketika sedang solat, pun boleh menyebabkan seseorang itu mengeluarkan air mata. Maksudnya dia betul2 menghayati ibadahnya kepada Allah. Harap2 orang sebegini dapat menerima kemanisan iman.

Aku manusia biasa harus ada perasaan rindu kat manusia juga. Ya Allah kau berikanlah aku petunjuk dalam kehidupanku ini. Kenapa aku harus rindu kat seseorang itu sampai hati ini sakit. Rindu sampai air mata keluar? Aku rasa cukuplah aku rindu sampai keluarkan air mata hanya untuk kau sorang sahaja Ya Allah. Sebenarnya ada perasaan rindu ni sangat sakit sebenarnya.

Ok point aku di sini, rasa rindu itu perit sebenarnya.

Baiklah, selain dari entry rindu aku tu, nak bercerita juga mengenai aktiviti aku dengan kawan2 aku hari ni kat KL. Mula2 pergi Jalan TAR (Tunku Abdul Rahman) then pergi SOGO. Giler sale!!!!!!! Tapi aku cuma beli sehelai jer baju. Itu pun harga asal baju tu 50 ringgit lebih, dan ia bertukar wajah menjadi 17 ringgit sahaja ok!

MEGA SALE FROM NOW UNTIL 1 JANUARY 2012


OMG aku dah macam orang giler kat jalan tar ngan sogo hari ni. Serius memang syurga selendang la kat KL ni. Aku tak menyesal beli banyak2, sebab kat JB takde langsung harga macam gini. Wahhhhh dah jadi separuh giler ni. Maaf atas perangai aku yang tak berapa betul.

Baiklah dah tamat, bye2!

11 comments:

ubaidillah zulkefli said...

model sogo..wkakakaka

Faiz Mua'ain said...

wahh kt KL xnk ajk pon...
:)

Anonymous said...

xmgajak pon..:)

Anonymous said...

td g sne gak...tp xdak rezki lg...xdpt jmpe diek...:)

farhana said...

ubai - haha model la sangat

farhana said...

faiz - haha boleh2..esok saya pun na berjalan2 lgi kat KL.jum2 ;p

farhana said...

anonymous - sapekah? haha

cimon said...

SOGO tuh ari2 sale Fana...asyik tukar teg harga jek-harga sebenar yg dijual mmg harga sale tuh.then time mega sale-depa akan kuarkan stok2 baju2 yg khas utk sale-slalu nye kain lama-Fana kene check btul2 kualinya sblum membeli.

p/s:khidmat pesanan masyarakat drpd Cimon (^_~)

farhana said...

ok no hal
org yg kje kt sogo dh bgi amarn

SyEraa said...

untung la dkt dgt sogo (--") *passing by

faiz muaain said...

Xpasan awk dh cmment, isyaAllah ad mse kte g sje:-D