October 11, 2011

Entry pendek yang berkisarkan hidup aku

Assalamualaikum,
Soalan yang sama..dah solat ke?
Kalau da Alhamdulillah..

Hari ni kita main soal jawab pulak jum. Ni idea aku buat sementara waktu sebab takde idea yang lebih kreatif nak dibuat. hahaha.. Mari membaca.

Soalan pertama:
Walaupun exam seterusnya (19 October) adalah mata pelajaran Emergency & Disaster, aku rasa macam tak faham langsung apa yg madam cakap kat depan tu. Aku tanya kawan aku, dia faham tak? Dia pun 2 kali 5 tak faham.. Macam mana nak jawab exam ni?? Habes..habes..banyak sangat yang madam ajar aku tak faham.. Haishhhh tensionnya!

Jawapanya: InsyaAllah boleh buat


Soalan kedua:
Sempat ke aku nak pergi haji sebelum kiamat muncul?

Jawapanya WALLAHUALAM


Soalan ketiga:
Cukup ke solat aku di dunia ini?

Jawapanya: Aku rasa belum cukup. Aku nak perbaiki lagi kelemahan ini. Wajib kamu cukupkan solat Farhana! Aku tahu aku ada banyak kelemahan di dunia ini. Aku rasa kelemahan aku paling ketara adalah di sini! Kalau solat aku tak sempurna, aku rasa macam semuanya tak sempurna bila buat kerja.


Soalan keempat:
Kenapa ramai wanita di luar sana suka menunjukkan kecantikan mereka? Lagi2 dalam FB.

Jawapan: Entahlah, nak pikat ramai orang kutt.. Atau nak jadi famous? Aku pun ada upload gambar jugak kt FB, tpi aku rasa niat aku takdelah ke arah keburukan. hmmm susah jugak kalau ada FB ni? Cantek salah, tak cantek lagilah salah, sebab tak ramai orang nak kawan dengan kita.


Soalan kelima:
Kau rasa kau akan terselamat ke bila kiamat datang tiba2 pada hari jumaat? Tanpa diduga..


Jawapan: WALLAHUALAM..kalau kau orang yg beriman, nescaya Allah akan selamatkan kau, dan sekiranya kalau kau orang2 yang mungkar dengan arahan Allah sehinggalah tibanya hari kiamat, Allah tidak akan dapat membantu kamu lagi. Kerana kamu telah tergolong kedalam orang2 yg kesesatan.


Minta kita semua selamat di dunia dan di akhirat..Aminn..

Maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam entry kali ini.
^____________^

4 comments:

BudakCHOCO Official Blogger said...

yan pom x sempurna kat dunia nieyh.. same2 kita perbaiki diri kita yer.. :) btwn nice entry :)

azalia hjsalleh said...

same ;(

Anonymous said...

wAllahualam lah..

farhana said...

time kasih betolkan