August 9, 2011

Diari berpuasa di perantauan

Haii,

Hari ni dah masuk hari yg ke9 aku berpuasa dan berbuka tanpa family tercinta di perantauan. Perantaua ke? Cehh merantau la sangat padahal kat Pahang jer! Jauh la jugak 5 jam perjalanan dari JB ke Kuantan. First time bukak puasa tanpa family. Mungkin inilah masanya aku berdikari tanpa family tersayang. (Bunyi macam sedih ke? Uhuk2)


"Ana..masakkan nasi, Ana kuarkan ayam dari aiscebok, nak masak nanti"
"Baik mak.."
(Padahal malas giler nak buat, tapi untuk family tercinta aku buat juga dengan penuh kebaikan hehe)

Rindu plak bila kene suruh masak time puasa dengan mak.


"Anaaaa bangun!! Sahur2!! Dah pukul 5 setengah ni..nanti tak sempat nak bersahur" - Rindunyerrr. Time kene kejut memang tak suke langsung sebab malas nak bangun pagi makan untuk sahur, tapi sekarang kat Kuantan takde sesiapa yang nak kejutkan aku. Kalau kawan tak kejut nampak gayanya memang aku tak bangun sahur la. Tula time kt JB tak suka, tapi bila kat Kuantan rindu plak. *Sigh

Lepas tu, bila setiap kali buka puasa kat Kuantan ni, kadang2 sesorang, kekadang dua org jer. Haha sedihnya, tak meriah macam kat rumah. Kalau kat rumah ada Akmal si budak becok, kalau tak puasa pun sebok nak makan semeja ngan kiteorang.


"Mana nasik adek?! Adek nak bukak jugak.."
"Eiiiii budak tak puasa buat apa sebok nak bukak.."

Pastu menangis kalau tak dapat makan sekali ngan kiteorang. Hahaha rindu2.. Bila dah duduk kat hostel ni, makanan untuk aku brsahur cumalah roti dan air neslo suam saja. Tu pun dah memadai. Pastu berat tak ley bla, dah turun sekilo. Wah terharu..!

Okey sekarang ni, kene bersungguh-sungguh buat case study. Aku buat kes neurology. Susah kan? Yaa aku memang sukakan cabaran dan dugaan. Dah jodoh aku dapat kes neuro nak wat camne kan? hehe tata! Doakan aku berjaya dalam bidang nursing ni. Love you guys yg menyokong aku dari belakang! Muah








Tiba-tiba............




















"Makkkkkkkk cicak atas bantal aku!! Iyaksssssssssssss"
"geliiii aw!!!!"

-THE END-

2 comments:

Nurliyana Ramli said...

hehehe...geli nyer cicak..
fana,,sbr ye...sama la kita..puasa tnp fmly d'cc..course lak sama,,nursing...sajak la 2 kn..

farhana said...

yes =)