July 14, 2011

My plan for two weeks later

(Hai! saya ada kawan baru nama dia kara haha jangan gelak!)

Yeay! Hari ni mesej mak. Ana tanya mak, boleh tak ana ikut gi KL 28 aribulan ni sebab time tu ana dapat cuti. So mak kate bole!!! Yahooooooooooo bole jumpa family kt KL. Family pergi KL sebab ada convo kakak kat UIAM. Dapat gak aku merasa tengok kakak aku wat konvo..Weeee seronok tak terkata! Syukur sangat2 aku dapat jumpa family 2 weeks later. Tak saba nk jumpa budak comel..

Memandangkan malam ni malam jumaat, so aku rasa aku nak buat amal kebajikan sikit la. Aku rasa aku dah halalkan segala makan minum orang2 yang telah mencuri makanan aku tanpa pengetahuan aku. Orang yang curi air kotak cokelat aku yang memang aku kempunan sangat2 tu pun aku dah halalkan. Terus terang, aku ni bukannya jenis lokek sangat nak bagi makanan kat orang lain, tapi yerla orang lain dah mencuri dengan begitu Kejam sekali! Namanya bukanla rezeki kita. Halalkan jerla..

Tapi yang penting biar Allah yang balas perbuatan kau di akhirat kelak. Padan ukeww kau..

Ohh yerr! Bercerita pasal di hospital, semalam aku hampir2 nak kene gigit dengan anjing masa perjalanan nak pergi keje. Okey seriously takut giler weyh bila anjing tu menyalak dari arah depan. Aku dah cuak giler.. Pastu aku berhenti kat tepi jalan sekejap, biar anjing tu tak nampak aku. Aku buat2 la nak masuk rumah orang, tp tak masuk pun..hehe. Alhamdulillah, ada sorang pak cik cina telah menolong aku. Dia halau anjing tu dari aku. "Ayooo uncle terima kasih banyak2.." Aku tak tau nak cakap apa.. Memang Allah tolong aku masa tu. Sebelum aku pergi keje, aku sentiasa baca Bismillah.. Mulakan harimu dengan Bismillah.. InsyaAllah Allah akan melindungi kamu.

Bercerita pasal doktor : Aku tak taula, doktor2 kat sini rasa macam terlebih baik kew atau terlebih gatal? Ada sorang doktor ni cara dia pandang aku tu len macam benar. Macam nak makan aku jew? Erkkkk iyaksss..geli eden. Ahaha..Pastu kawan2 tak abes2 nak ejek aku, "Abeslah kau Farhana jadi bini no.3 dia pasni.." haha so funny.. so funny.. pandai korang buat lawak.

Eh pasal entry lepas aku dah lupakan. Aku malas nak layan orang2 yang terlebih pandai ni. Kau terasa? Ahhh ada aku kesah..Kau terasa lagi aku suka! Bluekk..Aku dah majuk nak bukak FB pasni. Senangla hati ko, tak payah nak gado2 lg ngan aku pasni. Aku dah muak layan perangai ko! Aku tau perangai ko macam mane sebenarnya kat kolej. Sebab tu aku layan ko banyak2.. ;p

Sebenarnya, hehehe kat velog ni aku tak bape suka tayang gambar sendiri sebab entahlah.. Tapi kekadang jer kalau aku rajin, aku akan upload gambar. Bukan nak jual muka okey! Kalau aku jual muka dah lama aku dapat duit. Samer jer, orang2 kat hospital nampak juga muka aku, kat sini pun orang nampak juga. So takde larangan nak upload gambar kat blog sendiri. Melainkan.. jangan gambar tu OVER sudaaa.. Nway thnx for reading guys. Banyak pula kau bercerita hari ni yer..mood happy kot hehe. =)

5 comments:

cimon said...

baiknye apek tu...nasib baik (^_~)

p/s: bagus arr hepi kembali (^v^)

syakey said...

betul,kadang2 je rasa nk tayang muka sniri kan ? ;)

baguslah, biarlah kitamenjadi pemaaf. pemaaf itu sifat yg terpuji jugak. ;)

farhana said...

cimon - hepi sebb org kuantan baik2

farhana said...

syakey - hee kekadg jer lokek skit..lme2 i da x kesah dah..

farhana said...

syakey - ouh i jeles ngn u sbb ade dslr canon EOS 550D
:p hehehe