June 14, 2011

Single itu best dan rockss!! Kenapa?


 Assalamualaikum
Ramai jugak yang tanya kat aku. Soalan panaszz ni!! Tak boleh tahan tak boleh tahan!! Panasszz!!! "Kau single ke Farhana?" Glurpp..tertelan air liur untuk pertama kali ditanya. "A'ah aku single..kenapa?" "Takla.. muka kau cantik takkan takde pakwe kot?" Alamak malu aku..cantik ker?? (sambil tu senyum2 kambing =p).

"Soalan kau tu susahla aku nak jawab, aku kalau nak cari BF yang betol2. Bukannya yg main2 couple kot. So bagi aku kalau nak cari BF bukan macam cari baju terpakai, pastu buang ke dalam tong sampah..ish3x buang masa, buang kedit aku laburkan untuk laki tu"

Ok sesi dialog mendialog tadi udah habes. Sekarang ni nak bercerita pasal single. Single is the best in my opinion while we are still student! I like to be single right now because I can be friend whoever I want to. Jangan khuatir kenapa anda rasa bersendirian itu boring. Anda boleh mencari kenalan lelaki yang lebih ramai untuk dijadikan teman. Ada 10 sebab mengapa single itu rockss!!

Sumber dari Tentang Cinta
1. Bebas dan berdikariJika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.
2. Jadi rakan yang baikSememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.
3. Lebih banyak masa berkualiti di rumahIbu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.
4. Kuat keuntungan dengan part-timeDengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.
5. Jimat kosBila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 special seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.
6. Kurang beban tanggungjawabAnda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai tanggapan positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.
Saya dapat sumber yang sangat2 bermakna ini dari Artikel Cinta. Saya sangat2 suka membaca artikel penulis ini. Terdetik sebenarnya nak buat pasal entry single ini memandangkan saya yang masih single ketika di alam belajar lagi. Saya suka jadi single sekarang ni sebab -
7. Point pertama, tak payah nak membazir kedit, nak topup banyak2 sampai kita tak tau hubungan kita setakat mana jer ngan dia? Itulah point pertama saya bercakap pasal single ni.
8. Dan point kedua saya tak perlu nak buat maksiat merata-rata jalan. Eh, macam nyaye jer kes yg aku cakap ni? Contohnya macam pegang2 tangan, peluk2 badan. Eh! Tipula kalau dah bercouple ni mesti anda ada rasa terdetik di hati untuk nak memegang tangan boyfriend atau girlfriend anda kan? Confirm la nak pegang punya. Jangan nak tipu.Hehe. Saya cakap semua ni untuk diri saya sendiri dan juga untuk anda sendiri. Sendiri mau ingat maa..tehee
9. Point yang ketiga~! Ini sangat penting jugak, anda tak perlu nak merasa sedih berpanjangan, geram, marah dan cemburu buta tak tentu pasal sebab nampak laki anda dengan makwe len. Confirm la nak mengamuk gak time tu AKA gorilla. Arghhhhhhhhhhhhhhh!!!(marah besar ni). Pastu bergaduh!! Gustila apa lagi.. Pendapat lain mengatakan - Single itu best! Sebab boleh cari skandal banyak2! Ahhh memang kau cari nahas la cakap macam tu.
10. Point ke empat! Kita boleh luangkan banyak masa dengan kawan2 tersayang ataupun BFF . Ni ashik2 nak kuar dengan Boyprend..jer. Hujung minggu dengan boyprend, time cuti2 pun ngan boyprend. Bohsan la! Takde masa aku nak lepak dengan kau. Nanti time dah kawen lagilah kau takde masa nak date ngan aku sebab bz dgn hubby kau jer. Huhu. So masa ni LOVE FRIENDSHIP FIRST.
Tapi penting jugak untuk kita mencari pengalaman dalam percintaan. Pengalaman pahit dan manis dalam percintaan. Saya pun pernah merasai pengalaman manis dan pahit dalam bercinta, dan pengalaman itulah yang mengajar saya menjadi kuat dari lemah. Juga mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Okla, saya rasa sampai di sini saja dapat saya kongsikan bersama anda semua tentang tajuk SINGLE ini. Hehe bye! Salam~

Truely,
Nurfarhanah

1 comment:

ahm said...

yup true. ad org tu ak knal pnah ad 3 awek serius. yg xserius xyah ckp la. last2 die kate bazir je couple2 ni da la dpt dosa.