June 29, 2011

Bulan Ramadhan dah hampir dekat..Teruja nya aku!

Assalamualaikum korang!

Bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu sudah hampir tiba! Lagi sebulan lebih jer nak sambut bulan ramadhan ni. Saya harap untuk bulan Ramadhan kali ini saya dapat dekatkan diri dengan Membaca Al-Quran. Lagi2 bila waktu subuh.. Kenapa plak ek waktu subuh aku cakap?

Sebab membaca Quran pada waktu subuh adalah waktu disaksikan oleh para malaikat. Lepas ni nak memperbanyakkan membaca Al-Quran terutama pada waktu subuh. Amin.

Betapa beruntung orang yang mengamalkan amalan membaca al-Quran pada waktu subuh. Di samping pahala membaca al-Quran yang dikira bukan melalui satu perkataan tetapi satu huruf. Jelas sekali amalan membaca al-Quran mestilah menjadi perhatian utama di samping bacaan al-Quran mampu melembutkan jiwa dan mendekatkan diri kepada ilmu Allah yang luas.

Selain daripada bulan Ramadhan saya nak bagi informasi sedikit pasal waktu2 solat yang ditegah dalam Islam. Seperti

No. 1 selepas solat fardhu subuh hingga terbit matahari


No. 2 mulai terbit matahari hingga matahari naik segalah atau kadar 7 hasta


No. 3ketika matahari sedang rambang(tengahari) hingga gelincir matahari kecuali pada hari jumaat

No. 4 selepas solat fardhu asar hingga terbenam matahari


No. 5 akhir sekali pada waktu kuning2 matahari (syafa' merah) hingga ia terbenam.


(Mood: sedihnya tak dapat nak upload gambar sebab blog wat hal T_T

Nway thnx for reading!

3 comments:

syakey said...

sebulan je lagi nk puasa. haih! kejap sgt masa berlalu. mmg syiok nk puasa, lepas tu raya! tp rasa macam baru lg berhari raya hari tu. :D

fairuz said...

bulan ramadan waktu plg baek bace quran.... mlm hari.... 2/3 mlm kakak...

farhana said...

betoll =)