December 24, 2010

Cerita sang hensem

Hai guys, lama dah tak mengupdated cerita kat sini kan. Dah agak suram sujuk blog aku ni. Mungkin banyak cerita yang aku nak bagitahu, tapi tak berkesempatan plak nak bagitau uollss sume cerita sebab sampai esok pun takkan habis. Carita kat hospital dulula.. Yang JB TO Malacca tu kemudian la k

Cerita kat Nursery. 13 Disember 2010 -

"Banyak Baby baru lahir ni apa nak buat!"
"Alamak darah2 kat kepala tu.. banyaknyee..Weyy tolong2!!!!"

"Eeeeeee nak termuntah nak termuntah ada darah!!"


Nak kene pelempang ker apa dgn akak staff nurse kalau kau cakap camtu kat Nursery. Mesti korang pikir aku cakap cmtu kan? Haha takkannla aku nak cakap camtu kot bila ada bayi baru lahir. Aku takkan cakap camtu weyh!! Tapi Alhamdulillah aku dah biasa dengan darah. Hehe saje nak buat gimik.. Sebenarnya pada 13 dan 14 Disember lepas aku berpeluang kerja di Nursery. Banyak pengalaman aku dapt timba di sana.

Macam baby pre term and post term tu bentuk fizikalnya mcm mana.. Ada baby yg beratnya 500 gram jer. Alahai kesian aku tengok, itu baby pre term. Kecik!!! jerr.. hmm don't worry ada treatment for him. Dan ada jugak baby yang post term, ala bayi terlebih matang la. Perghh berat gila timbangnya, macam berat anak gajah dah aku tengok. Dalam 4.0 kg ke atas.. Puncanya mungkin mak dia obese masa pregnant. Cerita kat hospital ni takkan habis selagi aku ada kat Hospital ni. macam2 hal berlaku..Kadang2 tu kalau aku nak buat plan jahat aku akan buat begini..

"Eh bayi cina ni nanges jer dari tadi, apa nak buat?"
"Hmmm biarla aku azankan dia.. nanti bila dah besar dia masuk islam yer.."


Entahlah, nak kata plan jahat, rasa macam baik pulak apa yg aku buat ni. Hahaha.. Jahat ea kau, mak bapak dia dahla orang Cina. Kalau mak bapak dia tau, nyaye kau! Aku buat plan ni time student jer, masa dah jadi staff nurse aku tak buat la.. Wakaka Tapi aku harap dia masuk islam time da besar nanti. Haha rancangan yang agak bagus untuk aku menyebarkan dakwah islam.

Tapi kenangan yg aku tak boleh lupa, adalah time aku nak mandikan bayi tu, tiba2 dia punya tu macam nak naik ke atas.. alamak kenapa lak dia punya tu boleh mancapai tahap maksima naik ke atas ni? Sekali bayi ni mengeluarkan pancutan air kat aku. perghh best kene baju aku.. Nasib baik aku pakai apron, kalau tak pakai! Menangis weyhh.. balik dengan bau hancing.. Sobsobs..

Jum usha gambar bayi, p/sss gambar bayi kat bawah ni takde kaitan dengan cerita di atas, hanyalah gambar hiasan semata-mata.

alolo menguap beso gila. Comel kan?

Sekiranya bekerja di ward pediatrics. Memang best giler... plus2 la kata orang. Well takkan korang tak tahu, aku kan suka kanak-kanak. Semua budak kalau boleh aku nak cium. Haha

nila hasil nukilan dari seorang kanak2 yang sangat kreatif dan inovasi.. Siapa yang buat ni.. lawanyee.. Nama dia? - Nurfarhanah hehehehehe

tempat ni khas untuk kanak2, bukan kanak-kanak macam aku untuk bermain. wuwu sedih

Anyway thnx guys for keep following me in my blog. Appreciate it k!

2 comments:

cimon said...

mmg gilerr ahh korang...hehehe(^v^)

p/s:comey pics baby tuh! gigit pipi boleyy ? (^_~)hihihi

farhana said...

boley2 hehe