May 9, 2009

kelebihan tingkatan 6

Mujurlah sebelum aku nak masuk form six ni, naseb baik ada pengetahuan sikit..kepada sesiapa yang akan bersekolah form 6..sila baca k. Untuk knowledge korang taw..

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok la tuu.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek laaa.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. [aduh sains pon susah ker? sajer la tu nak takutkan aku..] Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, entahlah… tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.

Taraf Sijil STPM

  • Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuuuuuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.wow gyler argh
  • Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
  • Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM - Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
  • STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita. Aku ni bekas pelajar STPM 2005 – dapat 5 prinsipal tuuu… cayalah…pointer pun ok dapat apply kerja kat kerajaan.
  • Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…

Pembelajaran Di Tingkatan 6

Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.

Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak.

Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satu-satunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu.

Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.

Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni. Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.

Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.

[perghh, giler arr...STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tu]

Gred STPM

Ini gred STPM bagi yang saja nak tau,

Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00

Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00

Sukatan Pelajaran

Form six ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.

Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu form six yang pakar dalam bidangnya.

Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.

Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

"Barulah aku faham lepas baca artikel ni, selamat membaca kepada budak2 bakal Form 6, aku pon blom sempat nak baca semua ni..hehe. Baca2"


pss dapat nota ni dari website k, bukan aku buat cerita daa..hehe