November 4, 2013

Awal Muharam yang Indah

 Assalamualaikum
Saya tahu, lama dah saya tak update blog. Minta maaf banyak2. Bukan tak nak update tapi memang takde idea nak update cerita pasal apa. Alhamdulillah, Awal Muharam dah tiba. Dengan izin Allah, saya masih lagi bernafas dan dikurniakan kesihatan ketika ini. Masa kecik2 dulu tak tahu apa tu awal muharam. So bila dah besar ni barulah tau.


Di antara 10 kejadian ketika awal muharam:
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran  Raja Namrud
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.


Masya Allah banyak kejadian yang berlaku pada Awal muharam. Sebab tu, bagi saya Awal muharam ni merupakan rahmat bagi saya. Permulaan hidup baru, dan pengakhiran kisah lama. Kalau boleh cerita lama nak dilupakan walaupun kisah hidup lama tu ada yang perit, ada yang manis. Yang manis disimpan, yang perit dibuang! Mengharapkan yang lebih baik akan berlaku dalam kisah hidup saya selepas ini. :)

Saya nak minta maaf kalau ada silap dan salah dari saya. Manusia memang selalu melakukan kesilapan, jadi Allah lebih menyukai hambanya yang suka memaafkan kesalahan orang lain.






SALAM AWAL MUHARAM.
with love farhanah fadillah

1 comment:

mohd aswad zakaria said...

Xpe la xde idea...post apa saja saya Cuba follow