October 19, 2012

Hidup Bukan Untuk Derita






Kenapa yer kebanyakan lagu² zaman sekarang ni tidak lebih kepada lirik² yang bercirikan  tentang nilai2 kehidupan seorang manusia? Lagi² manusia macam aku ni, perlukan lagu yang dapat merangsang minda untuk berfikiran lebih positif. Zaman sekarang ni, kehidupan manusia lebih banyak kepada gejala stress. Stress dengan kerja, stress dengan kewangan dan stress dengan hutang.


SEMUA STRESS AKU ADA, HAHA. CAKAP PASAL DIRI SENDIRI!
 
Daripada pemerhatian aku, lagu sekarang ni banyak kepada lirik putus cinta. Betul tak? Tak putus cinta, lagu sedih. Adohh lemahnya dengar lagu² sedih ni. Mood pun dah jadi down gila. :(


Cuba cipta lagu yang dapat mengajak manusia untuk berfikir lebih positif dan open minded tentang masalah yang dihadapi oleh mereka. Sebagai contoh ada satu contoh lagu yang sangat² bermakna buat diri aku, iaitu lagu kat atas ni.Aku suka lirik lagu ni. Kadang² bila lirik lagu tu sedap didengar, kita secara automatik akan kerap mendengar dan akan menjadi suka.


YEAH I'M FALL IN LOVE
 
Sekali dengar lirik lagu Dato Ahmad Jais ni, terus fall in love. Walaupun rentaknya tak macam K-pop ker, hip hop ke or whatever la yang menjadi kegemaran muzik remaja zaman sekarang ni, janji lirik tu sangat bermakna.


Haha aku betul² perlukan lebih banyak lagu macam Dato' Ahmad Jais ni!! Komposer tolonglah cipta sesuatu lagu untuk aku. Wah siapa kau, diva ker! nak suruh cipta lagu untuk kau? Haha.. cubalah prihatin dengan masalah masyarakat, seperti aku ni.


So banyak² kan gembira ye, jangan selalu sedih.
 ♥♫♪ Hidup kita bukan untuk derita, Juga derita tidak selamanya ♥♫♪
♥♫♪ Jangan dibuang usia yang masih muda, Agar tak kesal di hari muka ♥♫


kalau nak lagi best, baca n hayati Quran is the best!!
-salam-

4 comments:

cimon said...

Orang lame. :p

MUPS said...

jom tgk baju2 tshirt untuk nurse..add kami kat FB

http://www.facebook.com/mups.mal

azihajieha said...

Saya pun minat dengar lagu ni pas tengok cite pasport eksprss kat u tube!! best gile lagu ni n penuh makna! do follow my blog!! www.macziha.blogspot.com

azihajieha said...
This comment has been removed by the author.