August 4, 2012

Date join PSH is 6 August 2012

Assalamualaikum,

Alhamdulillah siapa sangka, saya dapat tawaran kerja di Puteri Specialist Hospital. Kat mana? Kat Jay Bee la my hometown!! Yes2 lepas balik kerja dapat rasa raya jugak. Perjalanan dari rumah ke PSH mengambil masa 25 minit saja.


Masa kene temuduga tu, soalan dari 3 orang yang menemuduga saya hari itu sangat-sangat mencabar dan susah! Tapi saya jawab dengan yakinnya,(kononla semua betul :p) semua soalan mereka dan jawab ikut logik akal fikiran sendiri.


Memang agak tough dan saya memang tak expect dapat lulus untuk interview tu. Lepas dapat call HR tu, terus telefon satu family ngn best friend saya. Haaa legaaa. Cuma boleh ucap Alhamdulillah dan bersyukur kepada ALLAH. Terus buat solat sunat syukur sebagai tanda syukur dengan pemberian rezeki Allah.


Bila dapat tawaran kerja ni, benda pertama saya fikir adalah gaji! Haha memang sangat2 memerlukan duit sekarang ni. InsyaALLAH gaji pertama tu akan digunakan untuk kebaikan dan semestinya kene simpan banyak2!!!!


Tadi wat IC baru kat wisma pejabat lama ayah, dengan bantuan kawan ayah, dapat wat IC dengan paling awalla. ;) Tapi buat IC pakai tudung macam gini, tak tahula apa effect gambar IC saya lepas ni, huuu. :( Lepas tu settlekan semua dokumen2 yang diperlukan sebelum report duty Isnin ni. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Nampak gaya bila dah masuk kerja ni akan jarangla saya berblogging nanti..wuwu..


Ini gambar nurse zaman purba tahun 2009, mcm gemok kan masa sem 1? huhu

Dan ini pula gambar saya masa sem 6 tahun 2012, haaa nampak kurus sikit tapi muka tetap nampak lebar *sigh

Tapi apapun, doakan saya berjaya untuk bekerja nanti. Perasaan takut memang ada sebab tak pernah keje betul2 as a staff nurse. Sebelum ni ashik jadi student nurse jer, memang suka lariiii tapi kali ni dah tak boleh lari dahh hadoiii. Salam semua~ :)

2 comments:

cimon said...

Waalaikumsalam.

Tahniah!!!

Keje renrajin k. Jgn lupe allocate sikit duit gaji utk ibubapa dan blanje famili k!! (^_^)

Cik mama said...

Cayokk.!!! masa mula nak start kerja memg bnyk dugaan, tp bila dah lma insyaAllah akan biasa dan seronok.. heheh. good luck yerr dikk..!! ^_~

follow sini.