July 18, 2012

Wahai Wanita, Nabi Menangis Melihat Azabmu Di Neraka

Assalamualaikum,

Wanita mana yang tak menangis bila melihat azab di neraka itu mungkin bakal berlaku ke atas diri mereka sendiri. Melainkan kalau kita insaf dan bertaubat kepada Allah. Saya wanita, dan saya ada hak untuk menegur semua WANITA YANG BERAGAMA ISLAM agar menyedari tentang seksanya azab di neraka.


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?”


Beliau bersabda:

  • Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
  • Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
  • Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
  • Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
  • Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
  • Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.
  • Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
  • Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
  • Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
(Tidakkah ini cukup ngeri buat kamu yang membacanya. Apatah lagi saya juga ngeri mendengarnya) :(


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata: "Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku.. ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.."


Rasulllah S.A.W. bersabda:

“Wahai Fatimah, adapun tentang :

  • Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
  • Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”
  • Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
  • Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.
  • Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
  • Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
  • Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
  • Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.
  • Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Wahai wanita beragama islam, insaflah kamu sebelum terlambat. Wanita yang tak menutup aurat, mereka bakal mengheret ayah mereka ke neraka sekali. Padahal ayah kamu itu seorang yang setia pada perintah Allah. Tapi kamu! Kamu telah cuba mengheret ayahMu sekali ke jalan neraka disebabkan dosa-dosa yang telah kamu lakukan di dunia. Tergamakkah anakku melakukan sebegitu kepada ayahnya sendiri??


Persoalannya, terletak pada diri kamu sendiri wahai anak perempuanku. Semoga kita mati dalam keinsafan dan keimanan. Mintalah petunjuk dari Allah dan mohon diampunkan dosa. Allah itu bersifat pemaaf yakni al- Ghaffar yang maha pengampun. Amin..


Thanks for reading my dear friends! :)
Credit to this website

8 comments:

~uǝǝʇɐɟ said...

serius menitis air mata baca entry ni sebab backgroud music TT_TT

farhana said...

sorry fatin, saya x brmksud nk buat awk menangis.. heee =(

cimon said...

Thanks for sharing.(^_^)

syakey said...

wanita lah yg paling mudah untuk masuk syurga, tetapi ramai yg menghuni neraka.

kita,wanita. pilih lah nak neraka ke syurga.

mmg sukar perjalanan utk ke syurga tu. tp manisnya di syurga tiada bandingnya.

moga kita samasama menjauhi jalan ke neraka. dekati diri dengan jalan syurga. insyaAllah :')

farhana said...
This comment has been removed by the author.
farhana said...

eh salah eja, amin..

Thinker said...

Ya Allah.. semoga bakal isteri ku & anak2 perempuan ku terhindar dari perkara2 yg boleh menimbulkan kemurkaan Mu & Rasul Mu.. Ameenn...

Thinker said...

Ya Allah.. semoga bakal isteri ku & anak2 perempuan ku terhindar dari perkara2 yg boleh menimbulkan kemurkaan Mu & Rasul Mu.. Ameenn...