May 10, 2012

Kenangan Mengerikan di Nilai

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah induction saya di KPJIUC iaitu bertempat di Nilai. Rasanya tujuan induction ni di adakan adalah cuma untuk bagi persediaan kepada semua bakal jururawat sebelum bekerja dan memilih tempat untuk bekerja.


Masa hari pertama, memang agak stress arr sebab datang2 jer kunci hostel takde, dah tu kene tunggu dalam setengah jam, sebab pemegang kuncinya tiada di kolej, maklumlah sebab hari ahad kan. Terpaksa duduk depan pintu dengan beg2 yang banyak! Dan berpeluh-peluh badan ni menunggu. Tak pe, sabar jerla..


Ok kita pergi ke hari ketiga pulak, malam tu sebelum nak balik kami keluar berjalan-jalan di mydin jer. T_______T Huhu memandangkan tempat di Nilai tu kebanyakannya adalah kawasan kelapa sawit, so tak banyak tempat kami boleh berjalan-jalan. Kawasan Nilai ni pedalaman sebenarnya.


Masa keluar tu, kami singgah di restoran yang dimiliki oleh orang Kelantan. Jadi sambil tu tengoklah BOLA.. Ohh nak ulang lagi sekali lah, BOLA BOLA BOLA... Ciss padahal time tu tengah ditayangkan drama 3 Janji. Tiba2 tukar BOLA! Nih yang marah ni.. Grrrrr.. Ok disebabkan ramai pengunjungnya adalah lelaki so saya tak berani nak menyuarakan bantahan. Hehehehe..


Tiba2, ada seorang rakan dari KPJIUC ni bercerita mengenai hostel yang kami duduki. "korang hati-hatilah duduk kat hostel tu, sebab dulu pernah ada orang bunuh diri kat hostel tu.. Memang orang baru selalu jadi sasaran kene kacau..Pernah dulu 40 orang pelajar kene histeria, lepas tu ramai student kene pindah kat hostel lain..sebab tu hostel tu tak ramai student duduk.."




GLUPPP


GLUPP..




TERTELAN AIR LIUR SEKEJAP..





Kurang ajar!!! Kenapala dia boleh cerita malam tu jugak!! Tak boleh ker cerita lepas aku balik?? Haaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!




Ok malam tu jugak, kami rapat-rapatkan katil tidur dekat2. Lepastu, kawan aku tak sedap hati, so dia kene luahkan jugak perasaan yang terpendam dalam hati dia kat kami. So terpaksalah saya dengar cerita dia... Sedang sebok bercerita, tiba2 terdengar suara seorang perempuan memanggil



"Haiizzz......."

Suara tu seakan-akan menarik perhatian kami

Wajah ayn berubah pucat, Irma juga berubah pucat.. Tapi saya.. saya memang tak dengar suara tu. "Weyh asal muka korang camtu?" Ayn cuma menggeleng-gelengkan kepalanya.. Aku pun pelik, kenapa dengan diorang ni?? Ada nampak something ke?


"Weyh bukak apa2 surah la.."


"Huh ohhh ok.."
Pastu aku pun bukak la surah Annaba..


Lepastu kami cuba untuk tidur, tapi memang tak boleh tidur malam tu. Dan aku rasa aku sorang jer boleh tidur malam tu sebab terlalu penat. Dan keesokan paginya, aku tanya dengan kawan aku pasal kejadian semalam, "Weyh kenapa dengan korang semalam.." "FARHANA kau tak dengar ke suara oarng panggil hai..??????" "Entah aku tak dengar pun.." "Kau ni selalu bernasib baik taw.." Serious aku memang tak dengar suara tu, walaupun aku duduk dengan korang malam tu.. siap duduk dekat2 lagi..



Malam keetiga di hostel nilai tu, memang agak terganggu, sebab aku terdengar bunyi lonceng, bunyi meja ditolak...ermmm.. kawan aku lagi kesian, waktu pukul 12 lebih pintu diorang kene ketuk dengan kuat oleh seseorang. Rasa macam pintu tu nak dirobohkan! Terus esok pagi rasa tak sihat..


Huh! Aku baru teringat satu cerita. Kejadian ni berlaku pada malam kedua. Waktu tu, pukul 12 tengah malam, aku nak pergi toilet. Memang pintu bilik aku berkunci dari dalam untuk elak orang lain masuk bilik kami sesuka hati. Lepastu aku unlock la pintu bilik, tiba2 pintu tak boleh bukak. "Ait?? Asal aku dah tak kunci pun pintu bilik still tak boleh bukak??" Itu memang pelik sebab selama ni kami kunci dan buka pintu tu boleh jer bukak. Malam ni jer rasa pelik sebab pintu tiba2 tak boleh bukak?





Ok mintak pertolongan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


"Anybody out there???!! Tolong bukak pintu ni oiiiiiiiiii!!"


Tolong3x...


"Tolong ada sesiapa tak kat luar??"




Dalam 10 minit, barulah kawan aku tolong untuk pecahkan pintu bilik. Alhamdulillah pintu tu dapat dibuka. Nasib baik malam tu jugak aku pasan pintu tak boleh bukak, kalau tak esok pagi memang tak ke kolej la.........



rasanya bolehla tamatkan cerita di sini sahaja kot.

Assalamualaikum..

11 comments:

azalia hjsalleh said...

errrrrr.. scarynya awok !!
cite la cite la..
kita nk baca lg

anyss said...

Assalamualaikum,
Hostel tu area mana ek? dekat masjid tu ya?

ubaidillah zulkefli said...

bola la baru bes..hahaha..tp bukan org klntan jek yg suke tengok bola..:P

pasal cite hantu tuh an kdg2 ade betolnye..tp kalo psikologi asek fikir hantu2 jek nnti bende tuh akn kluar dlm imaginasi kte jugakk..so tawakkal jek ..jgn fikir la kalo buleh :))

farhana said...

azalia - rsenye da ckup smpai di sini saja huhu

farhana said...

anyss - rsenye sy pny hostel dkt pangsapuri, tgkt 4.. brdekatan dpn kolej.. masjid so far sya x nmpk lg.

farhana said...

ubai - hoho klo x diganggu ada citer best tak kesah nk tgok bola :p

blind writer said...

peh....cite la lagi pasal hantu...cambest lak..
:D

anyway,hantu ni memang nampak kite pon...so kite jangan amek kesah sangat...nnti die tak kacau kite la..
:O)

M Y S H I said...

aha sbb tu ktrg xsuke dok ppe.
wpun dkt ngn kolej tp serius seram gile. pdhal skrg ktrg duk pnb hostel dalam hutan lg. tp pnb tak seram.

kat ppe ktrg duk mase sem1 dan special sem1,mmg sllu kene kacau.
smpi ktrg dah lali. especially lepas pukul 12 mlm,ade dgr org susun meja dr umah atas. mmg stp mlm akan dgr.wpun umah atas takde org duduk pun akan dgr.kalau duk dlm bilik lak,dgr org susun meja kt luar rumah.tp so far, sy kene part tu je. bkn sy je,hmpir sume duk ppe penah kene psl susun meja tu.tp ade gak org lain kene kacau macam2.mlm2 bute ade org cube nk bukak pintu bilik dorg la.nmpk tu la,nmpk ni la... dgr bunyi mcm2.

pena ade satu mlm ni,sblm sy tido sy off lappy letak bawah katil.mmg sy tgk sblm tido tu lappy dah off 100%. tp esok pg,kakak yg tido sblh katil sy kate nmpk lappy sy trbukak je dlm pukul brp nta.pdhl time tu sy da tido. uhu

tp kan yg psl bunuh diri,serius sy rse itu tipu. tak pena dgr lgsg pon.

farhana said...

uh seramnye.. dye mcm kacau gitu2 jer kan? so Alhamdulillah sya xde pape cme lps blik dri nilai ni, ble bgun pagi jer sya mcm kne gigit ngn something, pastu rse mengantok and tgn rse kebas2 :(((( sedihhh

syakey said...

meremang bulu roma aihhhh!

dah la malam ni tdo sorg rumet balik. waaaa takut walaupun bukan dekat hostel tu. huhu

farhana said...

huhu slalu igt ALLAH jer syakey =)