May 4, 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Hari ni 4 MEI 2012, hari jumaat. Aku TERIMA BERITA GEMBIRA dari madam yang sesiapa yang tidak menerima panggilan dari kolej pada hari ini, maka dia LULUS bagi exam final! Bersyukur rasanya. Thanks madam di atas segala tunjuk ajar di dalam kelas selama ini. Dan tak lupa jugak kepada lecturer2 saya yang lain, thanks alot!!



Eh! Tiba2 dalam hati aku berkata, jangan terlalu gembira exam LJM belum habis lagi.

Hmmmm..






Huhh nampak tak wallpaper kat atas ni? Kenapa ada muka aku plak tiba2? Hehe sebenarnya aku ada pasang niat, ermmmmmmmmmmmmmmmmm. Aku ada niat nak pakai tudung labuh cuma buat masa ni aku akan tetap pakai tudung menutup dada.



Dah pasang niat so kenelah buat kan? Cuma belum tentu waktunya bila.. Ermm kene dapat dorongan lagi nih. Hehe.. Dan dalam wallpaper lappy saya pun ada tunjuk sebuah doa, supaya setiap kali saya buka lappy saya akan membaca doa ini. Iaitu doa mengelakkan maksiat. Bukan saja maksiat, nak elak zina juga termasuk zina mata, zina lidah dan zina hati. InsyaALLAH.. Amin..



ZINA HATI
Kadang2 kita tak perasan, kita telah melakukan zina mata macam tengok benda2 haram dan juga tak lepas zina hati. Zina hati ini ialah keinginan seseorang. Zina hati adalah apabila kita tidak mengawal rasa cinta kita, dengan melakukan perkara2 yang mendekati zina, tetapi kita tidak melakukan zina.




Zina hati ini boleh terjadi melalui pelbagai medium. Contohnya, telefon, yahoo messenger, sms, e-mail, chat dan sebagainya.. Maksudnya kita tidaklah bercouple bersentuh tangan atau keluar berdua-duaan atau berkhalwat bersama pasangan, tetapi kita sentiasa berhubung dan akhirnya timbul satu perasaan di dalam hati yg menganggu kebersihan jiwa kita.




Zina hati biasalah berlaku jika kita tidak menjaga perhubungan kita. Namun boleh juga berlaku jika kita sendiri yang berlebihan mengingati pasangan yang kita cinta atau orang yang kita admire. Semua ini hakikatnya adalah lorong-lorong yang membawa kita kepada zina. Sama-samalah kita menjaga batas pergaulan antara wanita dan lelaki. Heyppp cepuk karang, pegang2 tangan plak! hehe



Mari amalkan doa ini agar kita dijauhi zina dan seterusnya maksiat..


Tak lupa juga saya selitkan video ini. Mari sama2 kita berzikir dan menyebut nama2 ALLAH. =)




Alhamdulillah rasanya dah banyak perkara yang saya dah kongsikan di sini. terima kasih kepada sumber informasi ini, iaitu majalah Muslimah. =)



Terima kasih kerana sudi membaca,
assalamualaikum semua~

5 comments:

Unknown said...

woh dah abes da dye!!
tahniah lah yek..smoge mnjadi cik misi yg berjaye :)

cimon said...

tahniah!!!

(^v^)

p/s:study rerajin (^_~)

Unknown said...

Hyeppp :)

Unknown said...

assalam..akak,nak minta kebenaran share maklumat ni blh tak kat blog saya?rasanya bagus utk kwn2 sye utk elak dr terjebak dgn maksiat dan zina .. harap2 akak izinkan ..trma ksih.

farhana said...

digalakkan, jgn takut2 nak share..^__^