March 3, 2012

Ini saya

Bismillahirrahmannirrahim..

Maafkan saya

walaupun saya cukup sempurna tubuh badan
tapi sebenarnya saya tak sempurna
saya tak sempurna sebenarnya
Tuhan itu maha Adil
tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini..
Allah ciptakan hambanya dengan pelbagai bentuk dan sifat
terciptanya keburukan dan kebaikan semuanya datang
dari Allah

Tak siapa yang tahu apa akan terjadi di masa hadapan..
Melainkan Allah S.W.T. sahaja yang tahu
Ya Allah aku terima segalanya..
kebaikan dan keburukan yang datangnya dari kamu
Aku takkan halang dan aku takkan mengubah ciptaanmu
kerana aku dah tahu hukum yang ditetapkan olehMu
sekiranya aku ingkar arahan Mu

Setiap hari aku berdoa padaMu..
Agar masa depanku akan cerah..
Tapi kadang2 bila aku berdoa tentang masa hadapanku..
menadah tanganku kepadamu
meminta kejayaan dan perlindungan dariMu
Aku tak rasa yakin..
sebab aku takut kejayaan yang aku minta itu
takkan berlaku..
dan aku takut aku akan mendapat musibah
sekiranay tiada perlindungan dariMu..
Adakah disebabkan kurang keyakinan ini
membuatkan doa aku tidak mungkin dimakbulkan?

Apalah sangat diri aku ni,
sifat manusia ni tak adanya sempurna
kalau tak termasuk kurang keyakinan..
Aku berharap..
dengan penuh harapan..
Agar Engkau dapat menambahkan keyakinan dalam diriku
Semoga Engkau dapat menghadiahkan aku seseorang yang bernilai buatku


Truely,
Nurfarhanah

2 comments:

cimon said...

Amin.( ^_~)

p/s:bacalah kalo free http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/cinta-sampai-syurga/ (^_^)

farhana said...

best story. thnx!