December 26, 2011

Hukum orang bercinta sebelum nikah

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah masih belum terlambat untuk aku memperbaiki diri. Tapi aku pernah la juga jatuh cinta pada seseorang laki. Tipulah kalau aku ni tak pernah jatuh cinta dengan mana2 lelaki. Haha

Jadi apakah hukum seseorang itu bercinta sebelum nikah? Mari kita beramai-ramai menyaksikan video di bawah oleh Ustaz Azhar Idrus.



Aku bersyukur sebab perasaan malu menebal terhadap lelaki. Perasaan inilah yang membuatkan aku masih bertahan untuk tidak bercinta sampai sekarang. Geli plak dengar.. bluekkkk!! :p Impian aku, nak bercinta selepas nikah. Tapi mampukah?? haha

Memang agak susah untuk kita tidak bercinta lagi2 sebelum nikah, sebab perasaan jatuh cinta itu adalah naluri oleh setiap manusia. Ia datang dengan sendirinya.

Jadi macam mana nak elak bercinta ni sebelum bernikah? Cara saya senang sahaja, isi masa lapang dengan berzikir dan membaca al-Quran, bercinta dengan Allah terlebih dahulu adalah lebih bahagia. =)

Pandangan saya: Bagi saya tak salah kalau ada perasaan cinta ni sebelum kahwin, cuma ada 2 perkara penting dalam bab bercinta ni. Cinta yang halal atau cinta yang maksiat. Pilihlah yang mana satu betul. Perasaan cinta itu takde haramnya pun, cuma cinta itu yang menjadi mangsa keadaan di antara dua pihak. Maka kesimpulannya pilihlah cinta yang menuju ke jalan syurga. Bukannya ke jalan neraka. Kalau tahu batas2 dalam percintaan tu is ok.

Nota kaki: Saya dalam usaha untuk memadam gambar2 yang tiada kaitan dalam blog ini. Yang sepatutnya takkan ditayang, dan yang sepatutnya boleh ditayang. Azam baru, kurangkan letak gambar beso2 kat blog nih! Haha..

Antara syarat2 kalau nak letak gambar di blog, tidak bermake up tebal, saiz gambar tidak terlalu besar, tidak gedik, tidak berpakaian ketat dan paling penting menutup aurat. Aku takkan tayang gambar2 gewdik dalam blog nih ok. Gambar2 yang biasa tu bolela.

Salam~

4 comments:

cimon said...

letak pics makanan banyak2 xpe (^v^)

p/s: moga cinta yg kawan2 peroleh adalah cinta yg kekal hingga ke Syurga (^_~)

farhana said...

haha macam lapar je bunyi :p

syafjama said...

syafsyifa.blogspot.com

syafjama said...

syafsyifa..blogspot.com