December 30, 2011

Amalan pemakanan yg sihat ikut sunnah nabi

Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia adalah amanah daripada ALLAH S.W.T Dan entry kali ini, saya nak share sesuatu yang bermanfaat untuk anda. Mungkin ada orang dah tau pasal hal ni, dan mungkin juga ada yang dah lupa. So jom kita rewind balik! Dan jadikannya sebagai panduan berguna dalam hidup ini.

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-

1. Susu dengan ikan

2. Cuka dengan susu

3. Buah-buahan dengan susu

4. Daun salad dengan ikan

5. Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6. Daging segar dengan daging kering

7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka

8. Cuka dengan nasi

9. Buah delima dengan serunding

10. Telur dengan ikan.


Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke. Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!


Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas)

2. Senaman sebelum makan.

3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam)

4. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.

5. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)

6. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma

7. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)

8. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.

9. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.

11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.

**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..


(pss kalau bole adek2 jangan minum berdiri yer, itu amalan syaitonnn)
sebagai gambar hiasan

Terima kasih kerana membaca!

2 comments:

cimon said...

banyaknye cimon tak ikut....(T_T)

Juliet_iRa~" said...

huhu..suka carrot susu..wuuu