August 2, 2011

Tazkirah bulan ramadhan 2011

Sesungguhnya Allah itulah pencipta kita, dialah pemberi rezeki kepada kita. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada, walaupun rezeki kita tak sesempurna orang lain. Semua orang memang tak sempurna dalam dunia ini, mana ada orang yang sempurna kat dunia melainkan kalau dia riak dengan diri sendiri tu adalah.

Bulan ramadhan dah datang, aku rasa entry kali ni mungkin banyak tazkirah sikit kot. InsyaAllah. Walaupun aku tau ilmu aku tak sehebat mana, tapi aku tau mana yang buruk dan mana yang baik. Macam amar makruf dan nahi mungkar yang kita kene amalkan.

Sayang giler rasanya kalau malam ramadhan ni aku tak dapat nak solat terawih. Kalau umur kita pendek dan tak dapat nak mengerjakan kemanisan solat terawih kan rugi. Sementara umur kita masih muda ni, banyak-banyakkanlah buat amal soleh. Sedekah, baca al-quran dan memperbanyakkan buat solat sunat. Bukan setakat sedekah duit, tapi sedekah senyum. =)

Sebenarnya masa hari pertama puasa, aku dah terima 2 dugaan. Pertama aku dapat jangkitan selsema daripada kawan aku, dan masa bekerja sangat2 tak selesa. Hingus ashik meleleh keluar..sampaila masuk kedalam mulut aku. Ehhe malu plak nak citer... Tak batalkan pose kalau terminum hingus sendiri. :p Bukannya ada perisa air jagung ker air anggur. So tak batalla rasanya.

Dugaan aku yang kedua haaaa inilah dia.
jari aku tersepit kat pintu. Kejadian ini berlaku di hospital. Gara2 excited nak tengok pengumuman puasa kat TV, so berlakulah kemalangan yang tak disangka. Orang len balut jari sebab men mercun, tapi aku balut jari sebab tersepit pintu. Ouh sakitttttt

Tapi aku cuma boleh ucapkan Alhamdulillahhhhh..

Haha jari misi tersepit pintu haha ketawakan dia.. :D
Kalau hidup kat dunia ni takde dugaan dari Allah itu namanya bukanlah kehidupan kan.

6 comments:

azalia hjsalleh said...

ala kesian nurse kita. dia injured plak

farhana said...

haha klaka nurse injured

Sufy said...

alolo, sabar ye farhana..:) salam ramadhan..

farhana said...

hehe tq sis

cimon said...

jari manis bukan jari yg kecik hujung tu ke? (@_@)

p/s: da sapu minyak gamat?

farhana said...

cuci dgn normal saline jer?