August 26, 2011

Nak mengorat pun tak payahlah nak suet2!! aku menyampah lelaki macam gitu

Salam ramadhan,

Sebenarnya dah kekeringan idea untuk update citer apa kt sini. Sangat2la..hehe nantilah lepas raya mungkin ada idea kut kut.. Sebenarnya saya nak mengucapkan Selamat berpuasa di ramadhan al mubaraq ini dan selamat menyambut hari Merdeka sekali la.. Bangga la jadi anak Malaysia!

Dan bangga dilahirkan dalam keluarga Islam dan dididik dengan Agama Islam. Alhamdulillah.. Segala-galanya saya bersyukur dengan apa yang saya miliki. Allah lah pencipta segala benda hidup di muka bumi ini.

Mintak tolong sikit..bagi bantuan dana dekat orang2 miskin. Senang jer caranya, dengan menekan butang pada setiap iklan dalam blog sya. Mudahkan? Hehehe sesangat mudah. Kalau akaun nuffnang menaik bolela menyumbangkan ke arah kebaikan.

Apa sebenarnya tujuan saya berblogging ni? Entahlah untuk isi masa terluang jer kut dan nak share maklumat berguna dengan readers di luar sana. Kalau berguna bolehla guna kan, kalau tak guna buat bodoh jer.

Banyak benda saya nak bagitahu tapi tak tau bile nak share benda tu. Saya suka share pasal kesihatan dan ilmuan islam. Tapi disebabkan saya ni bukan penceramah terhandal, jadi tak banyak ilmuan islam yg saya boleh paparkan di sini. Mungkin pasal kesihatan bolela kut, sebab saya sedang belajar Diploma In Nursing kat KPJ. bolela saya share di sini.

Apa guna kalau ada blog tapi taknak share informasi dan masalah di sini. Eh nak ceciter sikitla pasal tajuk kat atas tu. Hari ni aku kene ngorat dengan tikus mondok yang paling low class. (Hambek kau). Dia ley men sesuet ngan aku. Dia ingat aku ni tikus gak ker nak panggil2 aku camtu. Takde adab la bagi aku laki buat macam gitu.

No manners, no moral and no class.

Aku menyampah lelaki buat macam gitu. Jangan sesekali lelaki2 di luar sana yang nak mengorat perempuan buat style mcm tu okey! Tak profesional langsung dan cara memikat yang salah di sisi undang2.

Girls dislike man attract woman like that. Last words, never ever main suet2 dengan aku okey. because for me that is the wrong way to attract woman they like. Aku lagi suka lelaki yang malu dengan perempuan. Tapi bukan pemalu sampai pompuan pun dah naik menyampah dengan dia. Maksud aku malu dengan mendekati perempuan itu.

Macam mana aku nak describe eh lelaki macam gini. Aku suka lelaki yang malu, tapi aku tak suka lelaki yang malu untuk luahkan perasaan dekat perempuan. Huh lebih kurang macam gitu la. Malu dekati perempuan, tapi berani luahkan perasaan. Wahh kelas kau jah!

Dan kalau boleh, perempuan suka kalau lelaki yang start dulu. Macam mintak no. fon kat pompuan tu, tegur perempuan tu, dan luahkan perasaan kat perempuan tu. Jadila lelaki gentleman okey, janganlah jadi lelaki tak berguna.

Macam aku ni pemalu plus2!! Susah untuk aku nak meluahkan perasaan dulu pada mana2 lelaki. Haha kalau ada jodoh tak kemana pun laki tu. Klau dia ada gf banyak mana pun, tapi lastly dia akan tetap dengan kita. Sebab saya percaya pada jodoh yang ditetapkan oleh Allah.

Amennn. Selesai sudah ceramah saya pada hari ni. Remember boys out there. Never ever attract woman like that. Disgusting okey. For me they STINK!

-TAMAT-

Sekian wassalam~


4 comments:

ubaidillah zulkefli said...

post agak lol..haha..
ohoii..cik fsrhana dah bg ciri2 lki idaman dye..ha ape ag..hahahaha

farhana said...

;p
ni mst bkn ubai
ni tabon!

Kruger said...

well said.. :) should be a lesson 2 be learnt.. ha3 )

jonet the jenab said...

gentle man..hahaha...masyukk pnya..gracias bonita