July 27, 2011

Persoalan Hamba Allah

Ahlan wasahlan,

Okey, aku rasa aku nak perbetolkan sedikit pasal entry lepas. Hijabkanlah kecantikanmu. Sebenarnya terus terang, segala apa yang aku katakan dlm blog ni cumalah PASAL DIRI AKU. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku dok sebok nak citer pasal orang lain. Tak pernah ok!Aku bercakap untuk diri aku jer. Bukan bercerita pasal orang lain okey. Minta maaf sesangat kalau ada sesiapa tersinggung dengan kata2 aku. Sorry guys..

Apa yang aku boleh huraikan sedikit adalah, kecantikan tak bermaksud cantik DARI SEGI PARAS RUPA SAHAJA. Tapi cantik ada banyak jenis iaitu cantik dari segi dalaman dan luaran. Cantik luaran macam cantik paras rupa dan mungkin cantik juga bentuk badannya. Cantik dalaman pula ialah cantik keimanannya kepada Allah dan mungkin sesuatu yang berkaitan dengan tingkah lakunya yg cantik.

Bila difikir fikirkan balik, macam mana aku nak hijabkan kecantikan luaran aku. Takkan dengan baju nurse nak pakai dengan purdah sekali? Hahaha pelik sangat tu.. Tak ley tak ley. Ehh!! Tak semestinya hijab kecantikan tu kene pakai purdah 24 jam jer ok. Betol tak? Ada banyak cara boleh hijabkan kecantikan kita. Tapi tula dia ada kekeliruan di sini.

So persoalan aku di sini. Wajib ke hijabkan kecantikan? Allah dah ciptakan dia cantik cukup sempurna(BUKAN AKU) tapi perlu ker kecantikan dia itu dihijabkan? Asalkan dia tak riak dengan diri dia dan sentiasa bersyukur kepada Allah. Ok la tu kan. Tapi masalahnya kalau dia tu cantik sangat, nanti ada orang cemburu dengan dia. Tapi lantak dia la. Kalau dia cemburu itu dia punya pasal. Cuba tanya diri sendiri, masa dia cemburu tu dia ada ingat Allah tak? Kalau cemburu kau tu dah membuak-buak sampai perasaan hasad dengki, nampak sangat kau tak bersyukur dengan apa yang Allah dah beri kepada kau.

Kalau cemburu kau tu dah sampai kau nak benci dan iri hati dengan orang yang lagi lawa dari kau, jelas sangat syaitan dah berjaya menguasai diri kau. Cuba bawak2 mengucap sedikit. Ingat Allah masa tengah cemburu buta tu! Zikir sikit! Bukan sikit..banyak2kan berzikir! Barulah hilang perasaan iri hati tu. Yang penting ingat Allah.

Wahhhh aku ni ada ciri2 nak jadi ustazah tak?

Ohhh Ya Allah.. kenapala banyak sangat kekeliruan dalam fikiran hambamu ini Ya Allah. Kalaula ada sesiapa yang boleh beri sepatah dua kata di sini (janji bukan ajaran sesat okey) kan bagus. Manusia ni lumrah, sukakan benda2 cantik. Tapi aku ni bukannya ustazah, sebab tu ada banyak persoalan di sini. Lain orang lain pendapat kan. Pendapat aku lain2, mungkin pendapat korang pun lain2. Hehe tima kasihla kerana membaca.

-SALAM-

5 comments:

Kadok said...

memakai purdah itu sendiri sbnrnye ade khilaf nye. ade yg kate pakai purdah akan m'halang komunakasi dua hala. ade yg kata kejantikan diri adlh permata hanya utk suami.

isunya disini, ditakuk mana niat kita utk bertudung itu? adakah sekadar berfesyen atau lafaz bismillah sewaktu menyarung tudung itu mampu diganjari pahala?

praktikal islam itu mengikut kesesuaian namun tidak melebihi batas syarak.

Alhamdulillah skrg pemakaian tudung itu sgt meluas di msia. tidak mcm zaman 60-an.ustazah pon x pakai tudung.mksdnya disini pd zaman 60-an, semangat cintakan ilmu itu ada, namun praktikalnya tiada.wallahua'lam

syakirahmn said...

memang. pendapat orang mengenai nak menutup kecantikan itu mesti lain lain.

tapi itulah,bukan la kena sampai pakai purdah kn. sebab semua hukumn islam tu sangat lah bersesuaian, semua hukum Allah tu, Allah dah tetapkan dengan cara paling mudah.

tapi itu lah manusia. mereka masih tidak faham dan merasakan hukum Allah itu sebagai beban dan membantah hukum Allah. tidak memakai hijab itu juga sebenarnya menunjukkan mereka bantah pada hukum Allah. betul tak?

yang pasti. kecantikan itu tak perlulah di pratontonkan di khalayak ramai. biarlah bersederhana. itu kan lebih baik :)

cimon said...

boleyy arr pasnie masuk rancangan ustazah pilihan kat astro tuh(^v^)

farhana said...

tq for cik kadok dan cik syakey =)

farhana said...

cimon - ada ke?