December 25, 2010

Allergic nyer dengar nama dia

Weyh aku allergic la aku tak boleh dengar nama dia and nampak muka dia. Nanti aku trauma. Woow sampai macam tu skali ea cik Fana. Huhu banyak kisah disebalik cerita hidup aku, sebab apa aku allergic dengan dia. And aku selalu berdoa pada Allah agar dijauhkan aku daripada dia. Mungkin sebab dia aku dah malas nak layan pada mana2 lelaki. Pengakuan yang benar. Buat masa ni aku dah tak berapa sangat layan laki and da jarang on9 fb sebb banyak laki sent msj kat aku and perlu ker aku nak layan?

Tapi tak semua laki aku tak layan, kawan2 kelas and sedara aku tu, aku harus layan la. Melampau la tu kalau tak nak layan. hahaha. Mungkin aku ni masih perlukan ruang untuk bertenang dan rileks dari berfikir tentang dia. Ouh aku lupa, aku tak boleh cerita pasal lelaki di sini. Sebab aku dah berazam dalam blog ni. Hahaha let's change topic der

Hari ni agak bosan and bosan. Malam ni aku berazam nak baca buku! Saya mau baca tentang anthropometry sebab next week, hari isnen dah kene pergi sambung praktikal for CHN at Klinik Larkin. Haha Klinik Larkin.. Saper2 jumpa tegurla.. Tapi kalau laki nak tegur aku kurang sikit kot nak layan. Mungkin tegur gitu2 jer. huhuhu jahat2..

Ramai juga yang tanya termasuk ahli bilik aku tanya soalan yang sensitif kat aku.. wahhh tak boleh terima. Janganlah tanya soalan macam tu lagi kat saya.


"Farhana, dah ada bf ker belum?"

"Belum.."

"Kenapa belum lagi? Sayangla.."

"Sebab malas nak pikir pasal laki, lagipun save kedit tak payah nak topup selalu. Hari2 boleh save.."

"Is ok, Kalau ada rezeki adalah tu.. tape don't worry ana pasti dapat lelaki yang baik untuk hidup ana.. lagipun sekarang masih belajar kan.. habiskan belajar dulu baru cari laki betol2 k"
"Thnx akak.."

Apepun aku nak berjaya dalam bidang jururawat dahulu.. wasting time pikir pasal laki buat masa ni. Haha cuba bagi motivasi untuk diri sendri.

7 comments:

cimon said...

HAHAHA...fana pon kene soalan cepukmas nie jgak ke? (^_~)hihihi

hmmm...jawapan yg baik...habiskan belajar dulu...then baru cari bf docktor k!

hehehe(^v^)

p/s:cousin aku (doctor) insyallah kawen pd bln Mac2011 dgn staf nurse (diorang keje kat hospital yg same)

p/s/s:akak2 & makcik2 mmg suke bab2 gini...siap nak tolong carikan lagi...adoii (@_@)

farhana said...

ala so sweet doktor kawen ngn nurse huhu
ok thnx cimon

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

JANGAN 'BUKA DIRI'

"Takutnya...nanti Ummi tolong delete gambar-gambar Kak Long dalam blog dan Ning ye..."demikian respond Kak Long tatkala saya menunjukkan satu emel yang diterima.


Emel itu merupakan satu pendedahan mengenai salahguna gambar-gambar wanita Muslimah yang telah elok menutup aurat, tetapi dengan menggunakan teknik superimpose dan sinar x-ray, 'gambar' yang telah diedit tersebut dikatakan boleh 'menampakkan' anggota dalaman yang sepatutnya tidak dipertontonkan.


Saya tidak mengetahui apakah kemungkinan benar perkara itu berlaku. Namun, walau apapun, saya berpandangan Muslimah hari ini sudah terlalu berlebihan menonjolkan diri mereka kepada umum lewat gambar-gambar di blog, FB, Friendster dan laman-laman sosial yang lain.


Saya masih ingat, kalau dulu, jika hendak menatap gambar teman-teman, peluang itu hanya ada ketika bertandang ke rumah mereka. Gambar-gambar peribadi, baik menutup aurat atau sebaliknya tidak sewenang-wenangnya diperlihatkan kepada yang bukan ahli keluarga. Semuanya tersimpan kemas di dalam album gambar masing-masing.


Akan tetapi kemodenan peralatan dengan dunia tanpa sempadan hari ini, menjadikan Muslimah semakin 'membuka diri'.


Saya selalu terfikir hal ini, adakah pendedahan kerap gambar-gambar mereka dengan pujian yang diterima baik dari teman-teman wanita atau lelaki pastinya, mendatangkan kebaikan atau sebaliknya?


Apakah mungkin akan timbul di hati lelaki yang menatap gambar-gambar mereka ini, perasaan yang tidak sepatutnya ada.


Contoh : A ( seorang lelaki ) yang merupakan teman sepermainan B ( seorang wanita cantik yang telah bersuami ) semasa kecil melihat gambar B di laman FB...terdetik di hatinya :


"Kalaulah B jadi isteriku....alangkah bertuahnya..."


Akhirnya, saya suka mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat semua, marilah kita menjauhkan maksiat hati sebegini. Bimbang, jika maksiat yang dianggap kecil dan remeh ini menjadi punca berlakunya banyak perceraian dan perselisihan suami isteri hari ini.


Kepada adik-adik Muslimah yang belum berumahtangga, jaga dan lindungilah kecantikan anda...Keindahan dan kejelitaan bukan untuk dipamer dan dijaja. Kecantikan anugerah Allah adalah hadiah eksklusif buat seorang sahaja di dunia..iaitu lelaki bernama suami.


Semoga kalian dianugerahi lelaki yang beriman dan soleh.. bahagia di dunia, bahagia juga di akhirat sana.


"Jagalah Allah, Allah akan menjaga kita". InsyaAllah


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.


Jumpa lagi, InsyaAllah.

farhana said...

thnx cik anonymous awk mmbuatkn sya untk delete hmpir sume gmbr di blog sya

dan entry akan dtg, akn dijarangkn meletk gmbr saya

wink2~ ;) trimas

why not klo awk pun letk komen begini pada blog2 prmpuan yg lain? insyaAllah brkesan

Anonymous said...

nak tahu.. sy knal awk,awk pn knal kt.. da lme da prasan.. cme takut je nk tgur.. tkut x dpt trime..

ecely,dlu pn kt ltak jgak pic2 kat intrnet nieh.. kdg2 snap pic sndri,tayang,prasan sndiri la pndek kate..

bile ade hambe Allah ni tgur,mcm ssh gak nk trime,tp xleh mcm tu sbb ape yg ditgur tu btul..

alhamdulillah,skg sy jge mnde2 ni smue wlau msih ade kekurangan..

ingat frhana,intrnet ini awam, bru2 ni trbace artikel chat.. si lelaki ++++++ wlau hnye melihat gmbar wanita.. & dy kate dy ske wnita yg brtdung,ttup sne sni..sbb,blum trbuka lg yg dalam.. klau x dpt bdan pun,tgk gmbar pun dy sudah boleh +++++++..

jd kan kcantikan kt hanya untuk ibu ayh,keluarga,& smestinya bakal suami.. bkan utk ditayang pada bkn mahram kt..

knpa kt tayang gmbar..? bangga dgn kecantikan yg kt ada..? suka org puji kt..? 'awk comel la'..'awk cantikla'..mcm tu..? Allah bleh tarik kcantikan yg kt ada sekelip mata sahaja..

maafkan comment sy jika ada slah dlm kata2.. sy pn jahil.. tp insyaAllah dlm jln mmprbaiki diri..
gmbira hari ini sbb dpt dakwah secara lisan/kata2 wlaupun hanya dalam blog..trasa dpat mnjalankan dkwah Islam..alhamdulillah..

farhana said...

alhamdulillah.. thnx awk
adanya org2 mcm awk ni dpt melindungi
sya drpd galakan maksiat =)