Showing posts with label wanita itu sangat istimewa. Show all posts
Showing posts with label wanita itu sangat istimewa. Show all posts

October 22, 2011

Nasihat untuk wanita yang ingin disayangi oleh Allah S.W.T.


Assalamualaikum sebagai pembuka cerita
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
~Terima kasih kerana membaca~

September 18, 2011

Setiap wanita harus menghargai diri mereka


Saya adalah wanita. Saya harus menghargai diri saya sendiri. Dan semua wanita di dunia ini juga harus menghargai diri mereka sendiri. Wanita harus dihargai dan dikasihi. Bukannya untuk di hina dan diperlakukan seperti tiada maruah. Tanpa wanita mungkin tiada generasi baru yang akan datang dapat dilahirkan di dunia. Saya akui, tanpa lelaki kita juga tidak dapat melahirkan generasi baru.

Saya berharap semua wanita di dunia ini akan menjaga kehormatan mereka, maruah mereka dan nama baik keluarga mereka. Hargailah diri anda wahai wanita. Janganlah persia-siakannya dengan lelaki dayus. Jagalah tingkah laku anda, percakapan anda, aurat anda dan pandangan anda. Saya tak boleh mengubah diri anda, tapi anda sendiri yang boleh mengubah diri anda.

Sekiranya anda rasa sudah terlambat untuk mengubah diri anda sendiri, sebenarnya anda salah! Allah masih menyayangi diri anda dan Allah sentiasa di sisi anda. Mintalah petunjuk darinya, InsyaAllah kamu akan mendapat petunjuk darinya. Nescaya Allah akan membantu kamu ke jalan yang benar.

Ini di antara link2 kesukaan saya, tetapi semuanya mengenai wanita, maaf kaum lelaki hehe:

❦ Ciri-ciri wanita syurga
❦ Makna wanita cantik pada lelaki
❦ Wanita itu istimewa
❦ 6 sifat wanita disukai lelaki
❦ Lelaki sayangilah wanita


[peringatan: entry di atas adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kaum hawa diluar sana, sayangi diri anda kaum hawa ^__________^ ]

pss entry yang 16 september tu nanti saya update sorry kalau lambat!