Tersentuh hati bila pertama kali tengok gambar ni. "Ya Allah..selamatkanlah hamba-hamba mu yang sedang berjihad ke jalan Mu Ya Allah.." Mungkin Engkau lebih rindukan masyarakat2 Islam di Mesir sekarang ini..
"Penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka syahid. Allah Hu akbar!" Kalaulah aku kat tempat mereka sekarang ini, mungkin hati aku tidak sekuat SEPERTI mereka. Berani berhadapan dengan kematian. Bagaimanalah dengan keadaan kita nanti sekiranya kita meninggal dunia.
MATI DALAM KEADAAN BERIMAN ATAU MATI DALAM KEADAAN KAFIR.
Allah, selamatkanlah hamba Mu yang lemah. Tempatkanlah mereka yang beriman ke dalam syurga Mu
Amin..
APAKAH DAJJAL?
"Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang
terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan)
kamu."
Ketika Rasulullah menerangkan
perihal Dajjal ini, ia (peringatan) tertuju pada umat beliau ketika itu
sendiri. Fitnah Dajjal mungkin berlaku dalam zaman itu dan kemungkinan
zaman yang hampir sesudah itu bahkan tidak pasti bila dan dalam generasi
mana.
Jika dilihat dari sudut physicalnya
(tersurat), kelahiran Dajjal ini dapat dilihat sesudah wafatnya
Rasulullah. Ini jelas bagi sesiapa yang dapat melihatnya dan telahpun
berlaku. Dan tempat berlakunya adalah di antara Syam dan Iraq (seperti
di bawah).
1 comment:
Moga Allah selamatkan kami dari fitnah Dajjal. Aamiin.
Post a Comment