November 13, 2012

Patience is about to train me

Assalamualaikum

Adakah saya terlalu berlembut, adakah saya terlalu baik, adakah saya terlalu jaga perasaan orang, atau adakah saya terlalu lemah sampai ada orang amek kesempatan ke atas saya. Adakah saya terlalu baru sehingga diorang akan sentiasa mencari kesalahan saya walau seinchi pun? Allah, ya Allah, masyaAllah astarghfirullah.. Ya Allah Ya Allah Ya Allah.. Bantulah hambamu yang lemah ini. :-( kuatkan semangat aku, kuatkan keimananku, kuatkan ketabahanku..

Lepas kejadian semalam, aku terasa down gila2 selepas dimalukan oleh seorang senior staff depan semua staff2 sesi petang. Ok, aku tahan lagi dari kuarkan air mata lepas habis passing report. Then, balik jer aku terus mengadap muka mak, lagilah aku terasa nak menangis. Sayu hati ni. Tak sanggup lagi nak menangis depan mak, sebab mak aku pun dah tak tahan dan susah hati ashik tengok aku menangis jer lepas balik kerja. Mak aku pun terasa nak menangis sekali, sebab tak tahan ashik tengok aku menangis tak henti-henti semalam.

"Mak, ana minta maaf buat mak menitiskan air mata"

Tak tahan, aku termenung seketika. Frust gila2... Cuma Allah jer yang aku ingat time tu. Sampaikan dalam hati aku ni berkata, Ya Allah bawalah aku ke syurgaMu segera, tak tahan lagi nak menanggung ujianMu. MasyaALLAH... Allah jer yang tahu macam mana perasan aku ketika itu.


Tapi bagi aku perkara normalla, setiap orang yang hadapi tekanan hidup pasti akan ingat nak mati jer.. Tiba2 mak aku berkata " Ana solat tahajud esok pagi, nanti mak kejut.."

KEESOKAN PAGI
mak kejut aku pukul 4.50 pagi, baik! aku bertegas dan nak bangun juga untuk solat tahajud. MasyaALLAH lepas solat tahajud, aku terasa tenang dan bersemangat sikit untuk pergi kerja.

Alhamdulillah, sebelum keluar rumah, aku baca  
"Rabbir Asir wayatur asir ya qarim..", dan
'Robbis rohli sodli wayassirli amriwahlul uhdatammillisani yafkaukaulin..'
dengan surah kursi..

Kerja aku hari ini berjalan dengan lancar..dan aku sedar solat tahajud memang banyak membantu aku untuk kerja hari ini. Terima Kasih Ya Allah! 


Contoh muka frust!!!!!!!

No comments: