July 26, 2012
Tolonglah hijabkan pahalaku
Ya Allah, sekiranya masih ada lagi pahala untukku, aku mohon kepadaMu Ya Allah, aku mohon agar Engkau menghijabkan kesemua ganjaran pahala yang telah kau simpankan untukku selama ini, jangan tunjukkan pada aku. Kerana aku takut, sekiranya aku terlihat pahala-pahala yang kau simpan itu, aku takut aku dah menjadi terlalu puas hati sehingga tidak mahu lagi mengumpul pahala. Kalau boleh ingin aku kumpul sebanyak pahala yang boleh dikumpul di dunia ini, selagi aku masih bernafas. Dan aku mohon tunjukkanlah ganjaranku di akhirat kelak.
Dan sebab itulah Allah telah menghijabkan semua ganjaran pahala buat kita di dunia ini, dan ada hikmah disebalik penghijaban pahala itu buat kita.
Ya Allah aku lebih rela hidup menderita di dunia ini apabila terima ujian dariMu, dan sekiranya aku ini di antara orang2 yang beriman dengan izinMu aku ingin hidup bahagia di syurga kelak. Aku berharap derita yang aku tanggung di dunia ini dapat dibalas dengan kebahagiaan hidup di akhirat kekal.
Amin-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
amin...Maha Suci Tuhan..
amin...:)
bulan mulia neh berganda2 pahala so same2 lah kte mengejarnya..kejar pahala kerana Allah bukan sebab nak masuk syurga jek ye
amin
(^v^)
Post a Comment